Zakaria, Mohd Zulhusni (2019) Serangga akuatik sebagai indikator kualiti air di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHAMMAD ZULHUSNI ZAKARIA.pdf Download (731kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHAMMAD ZULHUSNI ZAKARIA COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (6MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHAMMAD ZULHUSNI ZAKARIA WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Serangga akuatik diketahui sebagai alat pemonitoran kualiti air dan kajian ini menentukan potensi serangga sebagai indikator kualiti air di Johor. Pembangunan pesat di negeri Johor boleh menyebabkan pencemaran sumber air sehingga memerlukan satu program pemantauan kualiti air yang lebih cekap. Objektif kajian ini adalah (i) mengumpul, mengenalpasti, menentukan dan menghasilkan data taburan kepelbagaian serangga akuatik di sungai-sungai terpilih di Johor, (ii) mengaitkan kehadiran kepelbagaian serangga akuatik dengan beberapa ciri-ciri fizikal sungai-sungai di Johor dan (iii) membandingkan kecekapan beberapa indek biotik berdasarkan data serangga akuatik di sungai-sungai di Johor. Tujuh kawasan persampelan dipilih atas dasar taburan geografi serta kegunaan jasad air tersebut kepada komuniti setempat: Taman Negara Johor Endau Rompin (PETA) (TNJER-PETA), Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang (THLGL), Hutan Lipur Soga Perdana (HLSP), Hutan Lipur Gunung Belumut (HLGB), Hutan Lipur Sungai Bantang (HLSB), Hutan Lipur Gunung Pulai 1 (HLGP1) dan Sungai Sayong Pinang. Persampelan serangga menggunakan kaedah jaring tendang dan berbeza mengikut jenis mikrohabitat. Sejumlah 11,647 individu serangga akuatik terdiri dari 68 famili mewakili sembilan order telah disampel. Sebanyak 69% serangga terkumpul merupakan indikator air berkualiti baik antaranya adalah famili Hydropsychidae dari order Trichoptera, famili Baetidae dari order Ephemeroptera dan famili Simuliidae dari order Diptera. Berdasarkan kepada kepelbagaian famili mengikut indek kepelbagaian Shannon (H’), TNJER- PETA direkodkan sebagai yang mempunyai indeks tertinggi (H’= 3.215) diikuti HLSP (H’= 2.791) dan HLGB (H’= 2.482). Berdasarkan ciri-ciri fizikal, tapak kajian dikelaskan kepada tiga kategori (i) kawasan paling disukai oleh serangga akuatik (HLSB, THLGL, HLGP1 dan HLGB), (ii) kawasan pertengahan paling disukai (TNJER-PETA dan HLSP) dan (iii) kawasan paling kurang disukai (Sg. Sayong). Berdasarkan hasil pembandingan antara indeks biotik, mendapati indeks biotik Malaysia (MFBI, BMWP-My dan ASPT-My) lebih baik berbanding indeks biotik asal (HFBI, BMWP dan ASPT) berdasarkan data serangga akuatik di tapak kajian. Oleh itu, hasil ini membayangkan bahawa kualiti air sungai di Johor boleh dipantau menggunakan serangga sebagai penunjuk biologi kerana kelimpahan, taburan dan tindakbalas yang cepat serangga akuatik terhadap keadaan persekitaran.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes > TD429.5-480.7 Water purification. Water treatment and conditioning. Saline water conversion |
Divisions: | Faculty of Applied Science and Technology > Department of Technology and Natural Resources |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 05 Aug 2021 03:25 |
Last Modified: | 05 Aug 2021 03:25 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/561 |
Actions (login required)
View Item |