Tahap penyertaan dan pendayaupayaan psikologi: menjelaskan hubungan menerusi organisasi berasaskan komuniti

Ani, Fauziah and Damin, Zahrul Akmal and Jaes, Lutfan and Halim, Harliana and Kamri, Khairol Anuar and Ismail, Fadillah and Tohar, Azhani and Razali, Asbah (2018) Tahap penyertaan dan pendayaupayaan psikologi: menjelaskan hubungan menerusi organisasi berasaskan komuniti. INTERNATIONAL JOURNAL OF SOCIAL POLICY AND SOCIETY. ISSN 5012-3456

[img] Text
AJ 2018 (905) Tahap penyertaan dan pendayaupayaan psikologi menjelaskan hubungan menerusi organisasi berasaskan komuniti.pdf
Restricted to Registered users only

Download (375kB) | Request a copy

Abstract

Pendayaupayaan psikologi dalam kajian ini merupakan perubahan yang positif kepada dimensi psikologi ahli-ahli PWPK seperti efikasi diri, kebanggaan diri dan tingkahlaku proaktif yang diperolehi setelah menyertai Organisasi Berasaskan Komuniti (OBK).Atas alasan ini kajian ini dilakukan bagi menentukan hubungan antara tahap penyertaan(pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan psikologi dalaman ahli PWPK di Johor. Seramai 366 ahli daripada 60 kumpulan PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistages sampling) sebagai responden kajian ini. Maklumat kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan Pearson product moment correlation SPSS. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga tahap penyertaan mempunyai hubungan yang positif dengan pendayaupayaan psikologi. Justeru itu, bagi memastikan PWPK berfungsi sebagai medium pendayaupayaan, maka tahap penyertaan aktif perlu diperluaskan lagi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Organisasi Berasaskan Komuniti; Pendayaupayaan; Penyertaan; Psikologi dalaman
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Divisions: Center for General Studies and Co -curricular > Department of Social Science
Depositing User: UiTM Student Praktikal
Date Deposited: 24 Jan 2022 00:38
Last Modified: 24 Jan 2022 00:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5808

Actions (login required)

View Item View Item