Pembangunan sistem tempahan online kerepek (STOK)

Kassim, Noordiana and Mohd Norrahim, Mohd Amirul Adli and Zaman Sari, Veni Aida and Arfani, Siti Nurul Atikah (2017) Pembangunan sistem tempahan online kerepek (STOK). In: Teknologi Maklumat & Aplikasi. Penerbit Uthm, Uthm, pp. 38-51. ISBN 9789672110132

[img] Text
BDB 2018 (4)(2).pdf
Restricted to Registered users only

Download (360kB) | Request a copy

Abstract

Kedai Kerepek Zarona merupakan salah satu pusat perniagaan produk tempatan yang berada di kawasan luar bandar, Kampung Parit Lapis Laman, Parit Sulong. Proses pembelian kerepek secara tradisionalnya menggunakan kaedah khidmat layanan dikedai. Pembeli perlu pergi ke kedai untuk melakukan proses pembelian. Pembeli perlu mengambil masa untuk membuat setiap pembelian, bergantung kepada bilangan pelanggan yang terdapat di kedai tersebut. Pihak perniagaan kerepek Zarona juga menyediakan media promosi dengan hanya menggunakan lembaran lembaran. Kaedah ini kurang efisien dan hanya melibatkan skop yang kecil. Justeru, sistem seperti penjualan barang melalui internet dibangunkan untuk memudahkan peniaga memasarkan produk serta memudahkan pembeli membuat tempahan atau pembelian produk tanpa mengira masa dan tempat. Penggunaan internet terbukti memberi kesan yang positif dalam proses perniagaan sejak dulu lagi. Jumlah perniagaan produk dan perkhidmatan dunia melalui atas talian mencapai $4.3 trilion pada tahun 2004. Peningkatan jumlah perniagaan melalui atas talian dari tahun 2001 hingga 2005 mencapai 68% di Amerika Syarikat, Eropah 91% dan Asia 109%. 85% dari perusahaan yang melibatkan perniagaan atas talian tersebut adalah kumpulan industri kecil dan sederhana (IKS) [2]. Di Malaysia, internet dikenali sebagai fenomena metropolitan yang menunjukkan semakin ramai penduduk bandar memiliki komputer dan akses internet [3]

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Center for Diploma Studies > Dept. of Electrical Engineering
Depositing User: Mr. Mohd Iskandar Faiz Amran
Date Deposited: 19 Jan 2022 02:22
Last Modified: 19 Jan 2022 02:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5961

Actions (login required)

View Item View Item