Sokongan sosial di tempat kerja dan kesihatan mental wanita berkerjaya

Abu Bakar, Thuaibah@Suaibah and Panatik, Siti Aisyah and Md. Ali, Azlah and Saat, Maisarah and Saleh, Nor Shela and Ab. Rahim, Sakinah (2020) Sokongan sosial di tempat kerja dan kesihatan mental wanita berkerjaya. Jurnal Kemanusiaan, 18 (1). pp. 105-110. ISSN 2660-755X

[img] Text
AJ 2020 (368).pdf
Restricted to Registered users only

Download (824kB) | Request a copy

Abstract

Era globalisasi yang sedang dihadapi oleh penduduk dunia masa kini menyaksikan pelbagai cabaran dan persaingan yang sengit bagi setiap individu. Cabaran dan persaingan yang sengit ini mendorong golongan wanita untuk turut berdaya saing selari dengan perubahan arus dunia. Wanita perlu bersaing dalam apa jua perkara demi membuktikan kemampuan diri sekaligus memperbaiki dan mempertingkat nilai dan taraf hidup. Hal ini mendorong kepada peningkatan jumlah wanita bekerja dari masa ke masa. Pengiktirafan masyarakat terhadap kelayakan dan kemampuan wanita menjadi pemangkin kepada golongan ini untuk terus mencabar diri dengan menceburi pelbagai sektor pekerjaan. Pelbagai profesion yang pada skema pemikiran masyarakat adalah lebih sesuai dan hakikatnya memang didominasi golongan lelaki sejak sekian lama kini semakin mendapat perhatian golongan wanita untuk diceburi. Bilangan wanita yang memegang jawatan tertinggi serta terlibat dengan membuat keputusan dalam sesebuah organisasi turut menunjukkan peningkatan daya saing golongan wanita dalam masyarakat. Cabaran dan persaingan yang dihadapi oleh golongan wanita bekerja ini menuntut kekuatan mental dan fizikal. Ini disebabkan tekanan di tempat kerja dan di rumah yang tidak ditangani dengan baik menyumbang kepada permasalahan kesihatan mental dan fizikal sekaligus menjejaskan kualiti hidup. Sehubungan itu, golongan wanita bekerja ini memerlukan sokongan sosial yang berterusan terutama daripada keluarga, organisasi, masyarakat dan kerajaan. Sokongan sosial ini dilihat sebagai asas yang memacu kejayaan kerjaya, kesihatan mental serta kesejahteraan hidup individu. Justeru, kertas kerja ini membincangkan kesan sokongan sosial di tempat kerja terhadap kesihatan mental golongan wanita bekerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Wanita berkerjaya; sokongan sosial; kesihatan mental; tempat kerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Center for General Studies and Co -curricular > Department of Social Science
Depositing User: Mr. Shahrul Ahmad Bakri
Date Deposited: 01 Mar 2022 06:38
Last Modified: 01 Mar 2022 06:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6572

Actions (login required)

View Item View Item