Aplikasi teknologi pembinaan buluh dalam pembangunan kemudahan komuniti

Abd Wahab, Izudinshah and Yusof, Hanita and Adnan, Nor Azizah (2021) Aplikasi teknologi pembinaan buluh dalam pembangunan kemudahan komuniti. In: ARCHITECTURE AND TECHNOLOGY IN MALAYSIA : From Tradition to Globalization. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 1-9. ISBN 978-967-2817-14-7

[img] Text
C3547_05b94dac6f38f65052115568797d76df.pdf
Restricted to Registered users only

Download (770kB) | Request a copy

Abstract

Pendedahan pelajar-pelajar program Senibina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kepada proses pembinaan bangunan berteraskan teknologi pembinaan buluh di Bandung, Indonesia telah memberi satu pengalaman yang amat bernilai kepada mereka. Walaupun pembinaan bangunan menggunakan buluh sebagai bahan binaan bukanlah asing bagi negara-negara beriklim tropika, namun beberapa faktor berkaitan keupayaan bahan itu mendepani keperluan industri binaan khususnya di Malaysia menjadi cabaran baginya untuk diterima pakai secara meluas. Menerusi projek merekabentuk berasaskan kepelbagaian deria untuk Sekolah Arunika Waldorf di Bandung, pelajar-pelajar berpeluang menghasilkan rekabentuk struktur binaan bangunan kelas pembelajaran sambil dibimbing oleh pakar�pakar pembinaan dan penyelidik teknologi pembinaan buluh. Tidak sekadar menghasilkan rekabentuk itu sahaja, hasil rekabentuk itu seteusnya dibangunkan dalam skala sebenar untuk membina kelas pembelajaran itu. Menggunakan teknologi struktur kerangka berlengan boleh laras dan gegelung pengikat besi, struktur tiang buluh yang diikat kepada tapak plat besi dapat didirikan dengan kukuh. Struktur ini seterusnya menjadi kerangka binaan yang memegang ikatan buluh-buluh kecil yang lain sebagai dinding dan kerangka bumbung bangunan

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Teknologi pembinaan buluh; lengan boleh laras; gegelung pengikat besi
Subjects: T Technology > TS Manufactures > TS800-937 Wood technology. Lumber > TS840-915 Wood products. Furniture
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Structural and Materials Engineering
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 20 Mar 2022 06:48
Last Modified: 20 Mar 2022 06:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6765

Actions (login required)

View Item View Item