Determination of soil moisture content and density using electrical resistivity values

Zainal Abidin, Mohd Hazreek (2018) Determination of soil moisture content and density using electrical resistivity values. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD HAZREEK ZAINAL ABIDIN.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Ciri geoteknik merupakan elemen penting dalam kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan kejuruteraan awam. Pada masa lalu, ciri geoteknik diperolehi menggunakan teknik penyiasatan tapak konvensional melalui penggerudian dan pengorekan. Kaedah tersebut mempunyai beberapa batasan dari segi kos, masa dan liputan data. Maka kajian ini mewujudkan penentuan ciri geoteknik asas (kandungan lembapan dan ketumpatan) menggunakan korelasi data geofizik terutamanya nilai keberintangan elektrik. Kajian ini dijalankan pada tanah pasir dan pasir berkelodak dengan tahap ketumpatan yang berbeza melalui ujikaji makmal, model fizikal lapangan dan lapangan. Sampel tanah diuji di dalam makmal untuk pencirian geoteknik dan ujian keberintangan kotak tanah masing-masing berpandukan BS 1377 (1990) dan AASHTO (T-288-91). Dua model fizikal lapangan homogen pasir dan pasir berkelodak diuji menggunakan keberintangan elektrik dan pengelasan tanah. Pengesahan keputusan dibuat melalui ujikaji lapangan di Kuala Kangsar (pasir) dan Lenggong (pasir berkelodak). Analisis data dibuat menggunakan kaedah statistik dan perisian keberintangan komersial iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Microsoft excel dan RES2DINV. Ujikaji makmal mendapati bahawa perkaitan antara nilai keberintangan elektrik tanah dengan kandungan lembapan dan ketumpatan adalah pada korelasi sederhana hingga sangat kuat (r = -0.405 – 0.949). Satu siri nilai keberintangan elektrik tanah telah dihasilkan, justeru membolehkan penentuan cirri asas geoteknik tanah menggunakan persamaan statistik yang dihasilkan. Ciri asas geoteknik lapangan terutamanya kandungan lembapan dan xxii ketumpatan boleh diperolehi menggunakan persamaan statistik dengan menggunakan faktor pekali (C) yang dihasilkan daripada ujikaji model fizikal lapangan. Didapati nilai keberintangan elektrik tanah adalah berbeza dalam keadaan longgar (L) dan tumpat (D) dengan pekali penentuan, R2 kandungan lembapan dan ketumpatan diperolehi pada nilai 0.7530 – 0.9706 dan boleh digunakan untuk anggaran melalui penggunaan faktor pekali (C) menggunakan persamaan berikut: MC(L) = 591.61ρ-0.557, MC(D) = 723.64ρ-0.723 dan ρbulk(L) = 5.3011ρ-0.193, ρbulk(D) = 3.3351ρ-0.109 untuk pasir dan MC(L) = 186.81ρ-0.265, MC(D) = 259.01ρ-0.373, ρbulk(L) = 0.376ln(ρ) + 4.3043 dan ρbulk(D) = 4.591ρ-0.138 untuk pasir berkelodak. Pengesahan keputusan di Kuala Kangsar dan Lenggong mendapati bahawa teknik ini boleh diguna pakai dalam menentukan kandungan lembapan dan ketumpatan tanah lapangan yang efisyen kerana pantas, ekonomi, sebaran data yang luas serta bersifat lestari dengan alam sekitar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > QC Physics > QC801-809 Geophysics. Cosmic physics
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Aug 2021 03:08
Last Modified: 30 Aug 2021 03:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/698

Actions (login required)

View Item View Item