Prediction of punching life span for phosphor bronze stamping operation

Hashim, Mohd Fadzil Muin (2007) Prediction of punching life span for phosphor bronze stamping operation. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD FADZIL MUIN HASHIM.pdf

Download (826kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD FADZIL MUIN HASHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (335kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD FADZIL MUIN HASHIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (41MB) | Request a copy

Abstract

Meramal hayat mata alat punch adalah kritikal untuk produk kerana ianya akan menyebabkan kualiti produk menjadi kurang baik, merendahkan kadar pengeluaran dan membazir masa bagi proses penajaman. Mata alat perlu diasah selepas digunakan beberapa kali kerana dimensinya akan merosot dan ini menyebabkan ketidak tepatan yang akan menyebabkan dimensi produk tidak mengikut yang ditentukan. Salah satu kaedah yang digunakan bagi penentuan masa penajaman mata alat ialah melalui anggaran kasar mengunakan unit kshots. Selalunya anggaran ini tidak tepat dan ianya menyebabkan proses penajaman dan proses mencetak yang tidak ekonomi. Kajian ini dilakukan untuk mengatasi kelemahan ini. Mata alat yang digunakan dalam kajian ini adalah dari jenis Cementite Tungsten Carbide dan bahan keIja yang digunakan ialah Phosphor Bronze Strip. DaIjah kekerasan relatifbahan adalah lebih kurang 6.3. Proses pencetakan yang digunakan ialah proses pencetakan progresif dan ianya dijalankan di sebuah kilang elektronik yang termuka. Untuk kadar kshots yang tertentu, profil kehausan mata alat diukur dan ketidak tepatan dimensi produk dikaji. Peningkatan burr pad a produk juga dikaji pad a setiap 4000 unit produk. Hayat mata alat adalah ditentukan apabila produk yang dihasilkan rosak. Semasa ini, mata alat akan membulat, kehausan dapat dikenalpasti dan kerekahan pada hujung mata alat dilihat. Dapatan dari kajian ini ialah hubungan kadar kehausan berkadar terns kepada kshots dan ini memudahkan algorithma bagi penentuan hayat mata alat dibuat. Model simulasi dicipta dengan mengunakan 'Constraint Cubic Spline algorithm', pengkaji telah dapat meramal keturnpulan dan kehausan mata alat dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun bentuk dan bahan mata alat serta kekerasan relatif akan mempengaruhi algorithma ini. Kajian ini menjimatkan kos proses pencetakan melalui mengurangkan ketidak tepatan ramalan kehausan dan hayat mata alat yang seternsnya mengurangkan kerosakan produk, mengurangkan burr dan membolehkan penajaman dibuat dengan lebih tepat. Secara keseluruhan, algorithma yang didapati dapat menambah baik kecekapan dan menambah produktiviti.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Mechanical Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 04:10
Last Modified: 21 Jul 2022 04:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7350

Actions (login required)

View Item View Item