Penagih dadah dan orang kena pengawasan

Sadiron, Nazira and Kamaluddin, Mohammad Rahim and Che Mohd Nasir, Norruzeyati (2022) Penagih dadah dan orang kena pengawasan. In: Penyisihan Sosial Kumpulan Marginal. UUM Press, UUM, pp. 107-127.

[img]
Preview
Text
6.pdf

Download (95kB) | Preview

Abstract

Masyarakat moden kini sedang berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Salah satu masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat moden ialah isu marginalisasi dan penyisihan sosial (social exclusion) kumpulan atau komuniti tertentu. Isu ini dapat memberikan impak yang negatif dan kemudaratan dari segi kualiti hidup, keterlibatan dalam ekonomi dan sosial negara serta kesihatan mental individu yang menjadi mangsa penyisihan sosial (Duchak, 2014). Dalam hal ini, penagih dadah tergolong sebagai kumpulan marginal dan disisihkan secara sosial. Mereka sering berhadapan dengan pelbagai bentuk pelabelan negatif dan stigma daripada masyarakat termasuk ahli keluarga sendiri. Kesan stigma dan pelabelan negatif ini menjadikan mereka sukar untuk berintegrasi dalam masyarakat umum selepas dibebaskan dari institusi pemulihan dan ini menjadi satu faktor risiko kepada tingkah laku penagihan semula (relaps).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Divisions: Others Institution
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 12 Oct 2022 02:12
Last Modified: 12 Oct 2022 02:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7794

Actions (login required)

View Item View Item