Pendayaupayaan komuniti miskin melalui pendekatan modal sosial

Tuan Sembok, Tuan Muhammad Zukri and Mohd Ali, Adi Syahid (2022) Pendayaupayaan komuniti miskin melalui pendekatan modal sosial. In: Penyisihan Sosial Kumpulan Marginal. UUM Press, UUM, pp. 248-271.

[img]
Preview
Text
12.pdf

Download (388kB) | Preview

Abstract

Kemiskinan merupakan isu sejagat yang sering mendapat perhatian umum. Kemiskinan tidak merujuk komuniti luar bandar sahaja tetapi isu ini turut dihadapi oleh komuniti bandar. Sehingga hari ini, kemiskinan dianggap sebagai masalah masyarakat yang sukar diatasi. Pada asasnya kemiskinan diperhatikan dalam dua bentuk iaitu kemiskinan relatif dan kemiskinan mutlak (United Nation Development Programme, 2015). Kemiskinan mutlak mengukur kemiskinan dalam hubung kait wang dan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemiskinan mutlak juga merujuk keadaan apabila seseorang individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah (Norzita & Siti Hadijah, 2014; Kartini Aboo, 2016). Kemiskinan relatif pula merupakan kemiskinan yang diperhatikan dalam konteks ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan (Siti Hadijah & Roslan, 2011). Kemiskinan ini mengaitkan jurang pendapatan antara dua kumpulan iaitu golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah dianggap sebagai miskin dan golongan yang memiliki pendapatan yang lebih tinggi dianggap sebagai kaya. Selain itu, ketidaksamarataan ini juga diukur menggunakan pekali gini (ukuran ketaksamaan pendapatan) berasaskan pengagihan pendapatan kasar bulanan isi rumah.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Others Institution
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 12 Oct 2022 02:17
Last Modified: 12 Oct 2022 02:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7799

Actions (login required)

View Item View Item