Rekabentuk model sistem penjaminan kualiti bagi program pengajian peringkat ijazah yang berasaskan kejuruteraan dan teknologi di sebuah institusi pengajian tinggi

Muhammad, Norleeza (2002) Rekabentuk model sistem penjaminan kualiti bagi program pengajian peringkat ijazah yang berasaskan kejuruteraan dan teknologi di sebuah institusi pengajian tinggi. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p NORLEEZA MUHAMMAD.pdf

Download (850kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORLEEZA MUHAMMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (292kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORLEEZA MUHAMMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mewujudkan cadangan rekabentuk model sistem penjaminan kualiti bagi program pengajian peringkat ijazah yang berasaskan kejuruteraan dan teknologi di sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Sistem penjaminan kualiti diwujudkan adalah sebagai suatu alat kepastian kualiti yang dapat menjamin graduan yang dilahirkan benar-benar berkualiti dan mampu untuk memegang tugas sebagai seorang jurutera. Ciri-ciri graduan haruslah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Jurutera Malaysia yang mana graduan harus berwibawa dalam segala aspek sama ada secara teori, kemahiran mahupun komunikasi. Kajian dilaksanakan dengan mempertimbangkan sistem penjaminan kualiti yang telah diguna pakai di institusi-institusi pengajian tinggi kejuruteraan yang lain. Kajian telah mempertimbangkan sistem penjaminan kualiti Continuous Quality Improvement (CQI) yang disesuaikan daripada Total Quality Management (TQM) untuk digunakan di dalam institusi pendidikan. Beberapa item sebagaimana yang dicadangkan di dalam CQI telah diuji untuk melihat kesesuaiannya untuk menjamin kualiti pelajar ijazah kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Penilaian dilaksanakan dengan menggunakan instrumen soal selidik, skala Likert, pemprosesan dan analisis data untuk membentuk input kepada cadangan model sistem penjaminan kualiti. Dengan itu kajian ini telah menghasilkan cadangan rekabentuk model sistem penjaminan kualiti yang sesuai untuk dibangunkan bagi memastikan kualiti graduan kejuruteraan di KUiTTHO.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK301-399 Electric meters
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:24
Last Modified: 17 Oct 2022 06:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7913

Actions (login required)

View Item View Item