Pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web mata pelajaran penyamanan udara bagi tajuk beban haba

Jaafar, Fareed (2003) Pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web mata pelajaran penyamanan udara bagi tajuk beban haba. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p FAREED JAAFAR.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
FAREED JAAFAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (393kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FAREED JAAFAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Justeru itu, teknologi maklumat dan teknologi komputer diaplikasikan penggunaannya dengan membangunkan sebuah pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web. Janya adalah berdasarkan tajuk Beban Haba bagi Mata Pelajaran Penyaman Udara untuk kegunaan pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal sebagai bahan pembelajaran yang mengandungi isi kandungan berkaitan dengan beban haba dan anggaran beban haba. Kajian ini melibatkan 35 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun 4, kursus Ijazah SaIjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, KUiTTHO bagi menguji dan melihat isi kandungan serta kebolehgunaan laman web dalam memudahkan pembelajaran. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web bagi tajuk Beban Haba ini diterima berdasarkan tahap kesesuaian min yang berada pada tahap tinggi untuk setiap persoalan kajian iaitu isi kandungan memudahkan proses pembelajaran (3.8286), kesesuaian bahan bagi tujuan pembelajaran (3.7172) dan kebolehgunaan laman web (3.7457). Oleh itu, bahan PBK ini memudahkan proses pembelajaran dan ianya sesuai dijadikan sebagai bahan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Jan 2023 03:35
Last Modified: 17 Jan 2023 03:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8130

Actions (login required)

View Item View Item