Pembangunan modul pengaturcaraan C cd-rom interaktif bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

Ishak, Junaliza (2002) Pembangunan modul pengaturcaraan C cd-rom interaktif bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p JUNALIZA ISHAK.pdf

Download (642kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
JUNALIZA ISHAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (269kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
JUNALIZA ISHAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan CD�ROM Interaktif sebagai modul pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan C bagi pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengenal pasti satu perisian multimedia pendidikan bagi mata pelajaran Pengaturcaraan C yang bersifat interaktif yang menggabungkan elemen-elemen seperti teks, grafik, audio, video dan sebagainya bagi menarik minat dan keseronokan belajar, mengenal pasti satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran baru yang berorientasikan komputer bagi subjek Pengaturcaraan C dan membentuk budaya teknologi maklumat di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kajian ini telah dijalankan di KUiTTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar semester pertama sesi Jun 2002, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang mengambil matapelajaran Pengaturcaraan C (BTI 1022) yang telah dipilih secara rawak. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk dapatan dari soal selidik terhadap responden. Segala data dan maklumat yang telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan diproses dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows. Dapatan juga menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian pendidikan multimedia yang dibangunkan berupaya meningkatkan pembelajaran mereka dan ciri-ciri multimedia yang diselitkan menarik serta boleh meningkatkan motivasi diri pelajar. Kesimpulannya CD-ROM Interaktif yang dibina beijaya menarik minat dan menambahkan keseronokan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengaturcaraan C.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Jan 2023 03:41
Last Modified: 17 Jan 2023 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8157

Actions (login required)

View Item View Item