Sistem maklumat berkomputer: sistem maklumat untuk pensyarah (SIMPS)

Muhamed, Siti Anizah (2002) Sistem maklumat berkomputer: sistem maklumat untuk pensyarah (SIMPS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p SITI ANIZAH MUHAMED.pdf

Download (613kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SITI ANIZAH MUHAMED COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (302kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SITI ANIZAH MUHAMED WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (30MB) | Request a copy

Abstract

Komputer dan teknologi yang berkaitan dengannya telah mengubah imbangan penguasaan di peringkat antarabangsa. Masyarakat dunia hari ini melakukan tugas harian yang tidak boleh dilaksanakan tanpa komputer. Antaranya ialah pengurusan maklumat; yang mana ianya merupakan aspek yang kritikal atau penting dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan.Berasaskan kenyataan ini, matlamat kajian ini ialah untuk merekabentuk, membina dan membuat penilaian ke atas satu sistem pengurusan maklumat pelajar oleh pensyarah. Sistem maklumat berkomputer berasaskan data ini dinamakan Sistem Maklumat Untuk Pensyarah atau SIMPS. Sistem SIMPS ini membolehkan pensyarah untuk menyemak dan mengemaskini maklumat pelajar dengan mudah dan cepat. Adalah juga menjadi objektif kajian ini untuk mengetahui sama ada pengguna sistem ini sudah bersedia untuk bertukar daripada sistem pengurusan maklumat secara manual kepada sistem maklumat berkomputer seperti SIMPS. Untuk menilai sistem SIMPS serta mencapai objektif kajian, 30 soal- selidik telah diedarkan kepada pensyarah pelatih politeknik di Malaysia. Berdasrkan dapatan kajian ( data dianalisis menggunakan perisian SPSS 10.0 ), boleh disimpulkan bahawa majoriti responden memberi maklumbalas yang positif terhadap sistem SIMPS; dan mereka bersedia bertukar kepada sistem maklumat berkomputer sekiranya kemudahan yang ada di politeknik mencukupi untuk menyokong pelaksanaannya. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan keberkesanan sistem melibatkan enjin pangkalan data dan antaramuka pengguna.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:26
Last Modified: 07 Feb 2023 03:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8173

Actions (login required)

View Item View Item