Pembangunan WEBCD makmal geoteknik : ujikaji graviti tentu tanah

Kulian @ Abd Karim, Ernie (2004) Pembangunan WEBCD makmal geoteknik : ujikaji graviti tentu tanah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p ERNIE KULIAN @ ABD KARIM.pdf

Download (837kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
ERNIE KULIAN @ ABD KARIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (312kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ERNIE KULIAN @ ABD KARIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan WEBCD dalam kerja makmal kejuruteraan mempunyai beberapa kebaikan iaitu ia menawarkan kepada pelajar satu opsyen untuk mempelajari serta menjelajahi bidang kerja makmal kejuruteraan dengan lebih ekonomi, selamat dan v mudah. Oleh itu, objektifprojek ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan dalam pembangunan WEBCD supaya satu kerja makmal kejuruteraan dapat dibangunkan. WEBCD Makmal Geoteknik yang telah dibangunkan berdasarkan analisa keperluan pengguna kemudiannya dinilai untuk mengenalpasti sejauh manakah isi kandungan, strategi pengajaran dan persembahan WEBCD memenuhi keperluan pelajar. Kaedah kuantitatif digunakan di mana borang soal selidik dibangunkan berdasarkan kajian lepasan serta pemerhatian dan pengalaman. Empat puluh pelajar dan dua puluh pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan KUiTTHO dipilih sebagai sampel kajian peringkat pertama iaitu penganalisaan keperluan pengguna. Empat puluh pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dipilih sebagai sampel peringkat kedua iaitu penilaian produk. Berdasarkan hasil penilaian produk, satu kesimpulan dapat dibuat bahawa produk ini telah berjaya memenuhi keperluan pelajar dalam kerja makmal kejuruteraan. Di samping itu, cadangan telah diutarakan oleh responden iaitu kajian lanjutan patut dijalankan bagi memurnikan lagi ciri-ciri yang terdapat dalam WEBCD. Responden mencadangkan bahawa simulasi dibangunkan dalam WEBCD untuk meningkatkan lagi ciri-ciri yang terdapat dalam WEBCD. Selain daripada itu, kajian lanjutan untuk mengintegrasikan WEBCD dengan "online conference" patut dijalankan supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA703-712 Engineering geology. Rock mechanics. Soil mechanics.
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:31
Last Modified: 07 Feb 2023 03:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8219

Actions (login required)

View Item View Item