Penjerap komposit “lignoselulosa-karbon teraktif (buah semarak api)” dan kaolin dalam rawatan air sisa getah asli mentah

Ahmad, Baharin (2022) Penjerap komposit “lignoselulosa-karbon teraktif (buah semarak api)” dan kaolin dalam rawatan air sisa getah asli mentah. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p BAHARIN AHMAD.pdf

Download (984kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
BAHARIN AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (367kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
BAHARIN AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (45MB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan industri getah asli mentah menyumbang kepada krisis alam sekitar akibat daripada penjanaan air sisa yang berlebihan. Air sisa getah asli mentah ini mengandungi BOD, COD, ammoniakal nitrogen dan pepejal terampai yang tinggi. Dengan itu, teknologi baharu penjerap komposit dalam rawatan air sisa berpotensi menyingkirkan bahan pencemar. Penjerap komposit yang dihasikkan ini dari buah semarak api (lignoselulosa dan karbon teraktif) dan kaolin. Ujikaji kelompok dan turus lapisan tetap digunakan dan nisbah optimum komposit ditentukan menggunakan kaedah reka bentuk campuran D-optimal. Pencirian penjerap komposit dibuat terhadap luas permukaan BET, Mikroskop Imbasan Elektron Analisis Elemen-Sinar-X Sebaran Tenaga (SEM-EDX), Potensi Zeta dan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR). Dua model isoterma penjerapan Langmuir dan Freundlich digunakan untuk menyelidik isoterma penjerapan. Model kinetik Pseudo-tertib pertama, Pseudo-tertib kedua, Elovich dan Intra-partikel untuk meneliti sifat kinetik. Penjanaan semula bahan penjerap komposit sehingga lima pusingan penjerapan atau nyahjerapan juga disiasat. Keputusan mendapati nisbah komposisi optimum komposit ialah 0.4 g lignoselulosa, 0.8 g karbon teraktif dan 0.8 g kaolin. Keadaan optimum penjerapan COD, NH3-N dan warna bagi penjerap komposit pada dos 4 g bahan penjerap, pH 8, halaju goncangan 150 PPM dan 120 minit masa sentuhan dengan penyingkiran maksimum masing-masing ialah 81.7%, 80.2% dan 93.3%. Luas permukaan (BET) bahan penjerap komposit ialah 63.60 m2/g dan nilai negatif potensi zeta menunjukkan potensi dalam proses penjerapan. Analisis pencirian FTIR dan SEM-EDX mendedahkan penukaran ion sebagai mekanisma utama sebelum dan selepas penjerapan. Model isoterma penjerapan menunjukkan bahawa data isoterma penjerapan komposit ini sesuai dengan isoterma Langmuir dan kinetic penjerapan menunjukkan pematuhan yang baik untuk model Pseudo-tertib kedua. Turus lapisan tetap dianalisa dan keputusan menunjukkan bahawa pada kadar aliran rendah 2 mL/min mematuhi model Thomas dan Yoon-Nelson berbanding dengan model Adam-Bohart. Analisis penjerapan atau nyahjerapan telah mencapai tiga kitaran kebolehgunaan penjerap komposit. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahwa penjerap komposit berpotensi dalam menyingkirkan COD, NH3-N dan warna daripada air sisa getah asli.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Water and Environmental Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 26 Feb 2023 03:00
Last Modified: 26 Feb 2023 03:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8406

Actions (login required)

View Item View Item