Pembangunan kerangka konsep penyertaan latihan : kajian kes staf akademik di universiti awam Malaysia

Mokhtar, Ikram Syah (2022) Pembangunan kerangka konsep penyertaan latihan : kajian kes staf akademik di universiti awam Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p IKRAM SYAH MOKHTAR.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
IKRAM SYAH MOKHTAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (733kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
IKRAM SYAH MOKHTAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (73MB) | Request a copy

Abstract

Latihan merupakan aktiviti formal dan usaha berterusan yang dilakukan oleh pengurusan universiti dalam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja staf akademik di Universiti Awam Malaysia. Latihan juga penting kepada staf akademik meningkatkan keupayaan dan keyakinan dalam menjalankan tugas yang diberikan. Namun terdapat isu dan permasalahan tentang ketidakcukupan penyertaan staf akademik dalam latihan. Kajian lepas menunjukkan kebanyakkan permasalahan dalam penyertaan latihan diselesaikan hanya melalui kajian peringkat penentuan faktor sahaja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka dan mendalami faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan staf akademik Universiti Awam Malaysia dalam latihan. Seterusnya satu kerangka konsep baharu telah dibangunkan bagi melihat signifikan perkaitan faktor yang mempengaruhi penyertaan dalam latihan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif kajian kes di mana seramai tujuh (7) orang pegawai latihan dan dua puluh lapan (28) orang staf akademik Universiti Awam Malaysia telah ditemu bual. Temu bual separa berstruktur bersama kaedah ’probing’ digunakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Tematik. Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati empat faktor domain mempengaruhi penyertaan staf akademik Universiti Awam Malaysia dalam latihan. Empat faktor yang dimaksudkan adalah faktor kerja, individu, organisasi dan latihan. Berdasarkan keempat-empat faktor yang telah dikenalpasti, kajian ini telah membangunkan kerangka konsep berdasarkan pengintegrasian teori (Teori Tindakan Bersebab, Teori Tingkahlaku Terancang, Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Jangkaan, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Pembelajaran Dewasa, Teori Modal Insan, Teori Matlamat dan Teori Kerjaya Holland) yang berkaitan penyertaan dalam latihan. Kerangka konsep yang dicadangkan dapat mengisi kelompongan permasalahan kajian serta boleh dimanfaatkan oleh pihak yang berkepentingan terutama Universiti Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) yang merupakan badan induk kepada Institusi Pengajian Tinggi Malaysia bagi meningkatkan penyertaan staf akademik dalam latihan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 26 Feb 2023 07:20
Last Modified: 26 Feb 2023 07:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8424

Actions (login required)

View Item View Item