Development of groundwater filtration system using multiseries media

Abdul Aziz, Nor Izzah (2022) Development of groundwater filtration system using multiseries media. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOR IZZAH ABDUL AZIZ.pdf

Download (634kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NOR IZZAH ABDUL AZIZ COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (350kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOR IZZAH ABDUL AZIZ WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (42MB) | Request a copy

Abstract

Air liat adalah masalah utama yang dihadapi oleh punca air bawah tanah. Ini berpunca dari kandungan Mg2+ dan Ca2+ yang tinggi. Objektif utama kajian ini adalah menghasilkan sistem rawatan air liat menggunakan pasir, zeolite dan RHAC sebagai media penapis. Media-media ini akan ditempatkan didalam turus yang berlainan dan akan disusun secara bersiri (MSMC). Tujuan utama bagi mengasingkan setiap media untuk memastikan masa luput yang tepat bagi setiap media dapat diramal. Ini adalah langkah bagi mengatasi masalah penggantian media yang sedia ada. RHAC dibangunkan dengan kaedah pengaktifan kimia menggunakan asid nitric berkepekatan 20% untuk rendaman yang bertindak sebagai agen pengaktifan. Suhu karbonisasi yang dipilih adalah pada 450oC. Pencirian bagi semua media dilakukan dengan menggunakan analisis FESEM, SEM-EDX, XRF, dan FTIR bagi rupa bentuk permukaan, komposisi unsur, dan kumpulan berfungsi pada media. Penjerapan paling efisien pada pH 6.5 untuk Mg2 + dan Ca2 + pada 60 minit masa sentuhan dengan suhu 30oC menggunakan air bawah tanah pada kepekatan 168mg / L bagi Mg2 + dan 250mg / L bagi Ca2 + . Kajian FTIR mendapati bahawa kumpulan berfungsi pada permukaan media bersifat memudahkan penjerapan ion-ion logam. Data keseimbangan untuk Mg2 + dan Ca2 + paling sesuai dengan penjerapan Langmuir isoterm dengan kapasiti penjerapan maksimum masing – masing adalah pada 400 mg / g dan 302 mg / g. Model Pseudo - Second-order paling tepat menggambarkan data kinetik. Semua media berjaya menyingkirkan sehingga 99% dan 98% bagi ion metal Mg2 + dan Ca2 + . Proses penyaringan menggunakan turus penjerapan lajur dengan media yang disusun secara bersiri. Takat lupus adalah pada 200 minit untuk pasir, 100 minit untuk zeolitet dan 260 minit untuk RHAC. Kaedah terbukti berkesan pada kadar 90%. Jumlah isipadu air terawat sehingga semua kapasitas media berkeadaan tepu adalah 3.5L. Kaedah rawat dari kajian ini berjaya merawat air liat dan memenuhi tahap standard kriteria air minum yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA165 Engineering instruments, meters, etc. Industrial instrumentation
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Building and Construction Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 27 Feb 2023 02:38
Last Modified: 27 Feb 2023 02:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8461

Actions (login required)

View Item View Item