Merekabentuk dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran mekanik pepejal 1 (mmpl) bagi kursus diploma kejuruteraan mekanikal

Ahmad, A.Azman (2002) Merekabentuk dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran mekanik pepejal 1 (mmpl) bagi kursus diploma kejuruteraan mekanikal. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p A.AZMAN AHMAD.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
A.AZMAN AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (330kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
A.AZMAN AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (44MB) | Request a copy

Abstract

Mekanik Pepejal merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor terpenting mempastikan para pelajar menguasai konsepnya adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Tinjauan awal kami ke atas keputusan peperiksaan semester bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal bagi peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar hanya mendapat keputusan sederhana dalam matapelajaran tersebut. Kebanyakan responden iaitu para pensyarah mata pelajaran Mekanik Pepejal bersetuju bahawa keadaan tersebut disebabkan pelajar gagal menguasai konsep yang dipelajari. Di atas dasar tersebut, sebuah Modul Pengajaran dan Pembelajaran Mekanik Pepejall (MMPl) telah dihasilkan. Modul ini dibentuk berdasarkan Model Addie. Pendekatan yang digunakan bagi merekabentuk modul ini adalah berdasarkan strategi pengajaran direktifyang diharmonikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Responden yang dipilih bagi kajian keberkesanan modul adalah terdiri daripada para pensyarah matapelajaran Mekanik Pepejal dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan labatan Mekanik Gunaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia dan labatan Mekanikal Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka telah diminta untuk menilai isi, sifat user friendly dan kebolehlaksanaan modul tersebut. Di samping itu, hubungan signifikan antara pengalaman mengajar matapelajaran dan penilaian M1v1P 1 turnt dilihat. Keputusan skor min menunjukkan isi kandungan, sifat user fiiendly dan kebolehlaksanaan MMPI yang hasilkan masih berada dalam tahap sederhana dalam membantu pensyarah menyampaikan konsep dengan berkesan kepada pelajar. Ujian korelasi menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan signifikan antara pengalaman pensyarah mengajar matapelajaran Mekanik Pepejal dengan penilaian MMPI.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 05 Apr 2023 03:20
Last Modified: 05 Apr 2023 03:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8535

Actions (login required)

View Item View Item