Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk mata pelajaran pengukuran di politeknik

Salem, Mohd Fadzli (2003) Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk mata pelajaran pengukuran di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD FADZLI SALEM.pdf

Download (633kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD FADZLI SALEM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (303kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD FADZLI SALEM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat kebolehgunaan perisian pembelajaran berbantukan komputer untuk mata pelajaran Pengukuran yang telah dibangunkan untuk membantu pelajar di dalam proses pembelajaran mereka. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan perisian pembelajaran berbantu komputer ini ialah Macromedia Authorware 6. Kajian ini tertumpu kepada isi kandungan perisian yang dibangunkan untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran, menghasilkan perisian yang memenuhi keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti pengaruh pembelajaran berbantu komputer yang dibangunkan dalam memotivasikan pelajar dan menyediakan antara muka perisian yang boleh menarik minat pelajar. Kajian kes ini telah dilakukan di Politeknik Johor Bahru, Johor. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 48 orang pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Johor Bahru. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang di dapati dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa perisian pembelajaran berbantukan komputer untuk mata pelajaran Pengukuran ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dan dapat membantu pelajar di dalam proses pembelajaran serta sesuai untuk dijadikan sumber rujukan alternatif dalam mempelajari mata pelajaran Pengukuran di politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics
Q Science > QC Physics > QC501-766 Electricity and magnetism
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 03:17
Last Modified: 11 Apr 2023 03:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8591

Actions (login required)

View Item View Item