Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran mesyuarat syarikat dan pelaksanaannya : satu kajian kes di Politeknik Port Dickson

Che Musa, Noradilah (2004) Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran mesyuarat syarikat dan pelaksanaannya : satu kajian kes di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NORADILAH CHE MUSA.pdf

Download (7MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NORADILAH CHE MUSA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (924kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORADILAH CHE MUSA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (52MB) | Request a copy

Abstract

Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan tajuk kajian bertajuk "Penghasilan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: Satu Kajian Kes Di Politeknik Port Dickson". Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Diploma Akauntansi meningkatkan pemahaman dalam topik pelaksanaan mesyuarat syarikat dengan menghasilkan modul pengajaran kendiri bagi topik tersebut. Responden adalah terdiri daripada 44 orang pelajar semester enam Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dan program SPSS 11.5 (Statistical Package For The Social Sciences) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalsis secara peratusan dan statistik deskriptif iaitu taburan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pelajar bersetuju modul tersebut dihasilkan untuk membantu proses pembelajaran mesyuarat syarikat di kalangan pelajar-pelajar Diploma Akauntasi. Ini boleh dilihat kepada nilai skor min yang tertinggi pada item 33 dalam borang soal selidik iaitu "saya dapati modul ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Akauntansi dalam mempelajari pelaksanaan mesyuarat syarikat" iaitu 4.43.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:26
Last Modified: 21 Aug 2023 02:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9734

Actions (login required)

View Item View Item