Potensi Autourism di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia

Hamdin, Muhammad Shafiq (2016) Potensi Autourism di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MUHAMMAD SHAFIQ HAMDIN.pdf

Download (31MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD SHAFIQ HAMDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD SHAFIQ HAMDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (121MB) | Request a copy

Abstract

Entomopelancongan bukan suatu yang baharu di Malaysia jika disandarkan kejayaan kupu-kupu dan kelip-kelip sebagai produk pelancongan alam semulajadi sebelum ini. Kajian-kajian terkini mendapati terdapat beberapa kumpulan serangga lain yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk entomopelancongan seperti semut yang tinggi kehadirannya. Kajian ini bertujuan untuk mempelbagai produk pelancongan dalam usaha mempertingkat industri pelancongan alam semulajadi di Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER). Fasa I kajian ini melibatkan pemerhatian kehadiran serangga dan juga persampelan spesimen semut. Hasil pemerhatian menunjukkan kumpulan serangga semut antara paling mudah dilihat di TNJER yang diikuti oleh anai-anai dan nyamuk. Fasa II pula telah dilakukan kajian soal selidik terhadap 117 orang pelancong TNJER untuk mengetahui pengetahuan ekologi semut yang dikehendaki. Responden telah memilih sistem komunikasi semut sebagai pengetahuan ekologi yang utama diikuti oleh morfologi semut, sistem pertahanan dan kaedah mencari makanan dan pemakanan. Hasil pada Fasa II telah digunakan dalam Fasa III kajian untuk mengkaji pelbagai aspek ekologi kumpulan serangga tertumpu melalui kajian lapangan dan maklumat sekunder. Akhir sekali, Fasa IV pula untuk memenuhi objektif terakhir kajian bagi menghasilkan satu buku kecil ANTourism di TNJER dan mengujinya. Berdasarkan percubaan penggunaan buku kecil oleh pelancong juga telah berjaya mendapatkan beberapa pandangan dan cadangan bemas bagi penambahbaikan kandungan buku kecil pada masa hadapan. Keseluruhannya, ANTourism diharapkan menjadi penyumbang kepada industri pelancongan selain mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharan alam sekitar. Menghargai alam bermula dengan mengenali alam itu sendiri

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G149 - 180 Travel. Voyages and travels (General)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:32
Last Modified: 13 Sep 2023 07:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9967

Actions (login required)

View Item View Item