Life and career skills among TVET students in Polytechnics in Malaysia

Abdullah, Nurhanim Saadah (2016) Life and career skills among TVET students in Polytechnics in Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] Text
24p NURHANIM SAADAH ABDULLAH.pdf

Download (34MB)

Abstract

Pengangguran merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pelbagai negara. Jurang antara kemahiran yang diperlukan oleh majikan dan kemahiran yang dimiliki oleh graduan adalah salah satu faktor pengangguran. Majikan pada masa kini ingin mendapatkan pekerja yang memiliki kemahiran yang sesuai untuk diambil bekerja. Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya adalah penting untuk pembelajaran dan kerjaya di abad ke-21. Kemahiran ini adalah penting bagi kerjaya di dalam Negara mahupun antarabangsa. Bagi konteks dalam negara, politeknik adalah salah satu institusi pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (PTV) utama di Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan industri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran kehidupan dan kerjaya di kalangan pelajar TVET di institusi politeknik di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan satu set soal selidik yang dibangunkan berdasarkan objektif kajian dan kajian literature. Seramai 821 pelajar diploma daripada tigajenis politeknik (Premier, Konvensional dan Metro) telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan tidak berkadaran. Elemen kemahiran kehidupan dan kerjaya yang dikaji adalah kemahiran fleksibiliti dan kemahiran kebolehsuaian, kemahiran inisiatif dan kemahiran kendiri, kemahiran sosial dan silang budaya, kemahiran produktiviti dan akauntabiliti, dan kemahiran kepimpinan dan pertanggungjawaban. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi yang melibatkan ujian-t dan ANOV A menggunakan IBM SPSS versi 21.Kajian inijuga membandingkan kemahiran kehidupan dan kerjaya pelajar terhadap jenis politeknik, jantina pelajar dan program yang diikuti oleh pelajardi pelbagai jabatan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis politeknik, jantina pelajar dan kursus yang diikuti oleh pelajar terhadap kemahiran kehidupan dan kerjaya

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2023 07:37
Last Modified: 17 Oct 2023 07:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10132

Actions (login required)

View Item View Item