Omar, Mohd Razdi (2020) Tahap penguasaan asas pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap pengajar terhadap teknologi serta inovasi di Pusat Latihan Teknikal Tentera Laut Diraja Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHD RAZDI OMAR.pdf Download (8MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD RAZDI OMAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (8MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD RAZDI OMAR WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini mengkaji tahap penguasaan pengetahuan asas pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap terhadap pengajaran berasaskan teknologi dan inovasi dalam kalangan tenaga pengajar di Pusat Latihan Teknikal, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan terhadap tenaga pengajar di Pusat Latihan Teknikal TLDM seluruh Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 195 tenaga pengajar daripada 235 pengajar, yang bertugas di tempat berbeza lokasi Pusat Latihan TLDM melibatkan Fakulti Kejuruteran, Fakulti Pegawai, Kapal dan Pusat Latihan Peperangan Elektronik. Penentuan saiz sampel untuk kajian ini berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen borang soal selidik bagi memperolehi data daripada responden. Borang soal selidik direka bentuk dengan menggunakan Skala Likert Empat mata. Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapat skor Min, Sisihan Piawai dan ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan penguasaan asas pedagogi (M = 2.10, SD = 0.42), kemahiran pelaksanaan pengajaran teknikal (M = 2.11, SD = 0.43) dan sikap (M = 2.09, SD = 0.38) terhadap pengajaran berasaskan teknologi serta inovasi dalam kalangan pengajar adalah sederhana. Hasil kajian menunjukkan hubungan sederhana positif di antara kemahiran melaksanakan pengajaran teknikal dengan penguasaan asas pedagogi (r = 0.564) dan sikap dengan penguasaan asas pedagogi (r = 0.544) dalam kalangan tahap tenaga pengajar pada pengajaran berasaskan teknologi serta inovasi. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan usaha meningkatkan pemahaman tenaga pengajar dalam pengetahuan pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap seperti melalui kursus kemahiran pengajaran dan pedagogi perlu dilaksanakan oleh Pusat Latihan TLDM kepada pengajar.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 20 Sep 2021 07:48 |
Last Modified: | 20 Sep 2021 07:48 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1036 |
Actions (login required)
View Item |