Idea dan pendekatan seni bina melayu moden dalam kalangan arkitek Malaysia

Sabil, Azmal (2019) Idea dan pendekatan seni bina melayu moden dalam kalangan arkitek Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] Text
24p AZMAL SABIL.pdf

Download (6MB)

Abstract

Pengadaptasian nilai rekabentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam ‘Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina’ pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan rekabentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti rekabentuk yang baik. Walaupun pembudayaan nilai tradisional pada pembangunan moden dilihat penting bagi membina karakter identiti negara, pengaruh modenisasi tidak harus diabaikan, khususnya modenisasi masyarakat Melayu. Justeru, sangat penting untuk menjustifikasi hubungan di antara tradisional dan moden, serta apakah aspek yang penting bagi mengimbangi kerangka tradisional dan moden pada pendekatan seni bina hari ini. Kajian ini menilai dan menstruktur semula apakah yang dimaksudkan dengan ‘seni bina melayu moden’ di dalam konteks masyarakat hari ini. Kajian ini dilaksana dengan motodologi kualitatif. Empat orang pakar seni bina di Malaysia ditemubual, melibatkan perbincangan mengenai rekabentuk 17 buah bangunan terkemuka di Malaysia, disamping sejumlah sumber bahan bacaan telah dijadikan sebagai data utama kajian ini. Didapati, pakar-pakar seni bina yang ditemubual mempunyai pandangan yang berbeza terhadap pemahaman seni bina melayu moden. Sebahagiannya melihat seni bina melayu moden dari aspek perkembangan sosial, manakala sebahagian menilainya dari aspek fizikal rekabentuk. Di samping itu, tipologi bangunan seni bina melayu moden pula dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 17 bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Di dalam konteks kajian ini juga, seni bina Melayu moden dicadangkan untuk didefinisi berdasarkan pengadaptasian pelbagai konsep Melayu yang wujud pada hari ini dan penilaian semula karakter sosio-budaya masyarakat melayu pada hari ini kepada pembangunan rekabentuk seni bina Melayu moden. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 May 2024 06:53
Last Modified: 13 May 2024 06:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10785

Actions (login required)

View Item View Item