Keberkesanan kaedah coaching dalam intervensi tingkah laku murid bermasalah disiplin : kajian kes di Johor

Hussein, Mohd Yusof (2023) Keberkesanan kaedah coaching dalam intervensi tingkah laku murid bermasalah disiplin : kajian kes di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MOHD YUSOF HUSSEIN.pdf

Download (579kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD YUSOF HUSSEIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (283kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD YUSOF HUSSEIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (38MB) | Request a copy

Abstract

Kaedah coaching telah terbukti berjaya membentuk tingkah laku yang positif dalam bidang sukan dan perniagaan. Akan tetapi, bidang ini masih belum dimanfaatkan dalam kalangan murid di sekolah sebagai alat perubahan tingkah laku bagi mencapai kemenjadian murid yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan coaching sebagai intervensi dalam pembentukan tingkah laku murid pada peringkat sekolah menengah. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Bagi mencapai matlamat ini, salah sebuah sekolah menengah di Johor telah dipilih. Sebanyak dua fasa pelaksanaan kajian dilaksanakan. Fasa pertama melibatkan 66 orang murid tingkatan 2 yang mempunyai rekod masalah disiplin telah dipilih untuk menjalani ujian yang menggunakan instrumen Roda Kehidupan (Wheel of Life). Manakala fasa kedua pula melibatkan 9 orang murid daripada fasa pertama yang secara sukarela bersedia untuk menjalani sesi coaching secara berkelompok dengan menggunakan model GROUP. Kaedah kutipan data yang diguna pakai adalah melalui analisis hasil kajian sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian pada fasa pertama mendapati bahawa elemen kritikal kemenjadian murid adalah pengaruh rakan sebaya, bilamana ia mencatatkan skor terendah berbanding elemen lain iaitu pada purata skor 4.5. Manakala hasil analisis fasa kedua kajian menunjukkan purata skor kepuasan tahap disiplin murid meningkat sangat ketara berbanding elemen lain iaitu sebanyak 2.55. Seterusnya, hasil pengumpulan data melalui pemerhatian guru, sesi temu bual guru dan ibu bapa juga turut membuktikan bahawa intervensi tingkah laku menggunakan kaedah coaching berupaya meningkatkan tingkah laku murid. Dalam hal ini, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa kaedah coaching adalah salah satu intervensi yang dapat meningkatkan prestasi tingkah laku murid

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 20 May 2024 01:27
Last Modified: 20 May 2024 01:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10980

Actions (login required)

View Item View Item