Modul kit smart berintegrasikan elemen pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 ke arah Peningkatan Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Ahmad, Maimunah (2022) Modul kit smart berintegrasikan elemen pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 ke arah Peningkatan Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MAIMUNAH AHMAD.pdf

Download (645kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MAIMUNAH AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (378kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MAIMUNAH AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dibangunkan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) ke arah memupuk minat murid merujuk topik yang diajar. Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran sebagai ABBM ke arah meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Melayu murid sekolah rendah. Modul ini dibangunkan merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2017 dan model reka bentuk ADDIE, mengandungi pengisian ABBM yang dipakejkan dalam bentuk Kit Pengajaran supaya mudah diakses dan digunapakai. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan kedua-dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif bagi tujuan pembangunan Modul Kit SMART dan pengujiannya. Bagi mendapatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul, kajian ini telah melibatkan lima orang pakar bidang. Pemilihan sampel secara persampelan bertujuan daripada sebuah sekolah rendah terdiri daripada 2 orang guru dan 95 orang murid Tahun 4. Data secara kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21 dan instrumen set pra-ujian dan pasca-ujian bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran bahasa dan kognitif murid. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian kemahiran bertutur (berkomunikasi): dari 2.62% hingga 4.06%, mendengar: 1.83% hingga 4.43%, membaca: 2.34% hingga 3.55% dan menulis: 2.00% hingga 4.02%. Berdasarkan keputusan analisis empat kemahiran bahasa tersebut, kajian mendapati terdapat kesan yang signifikan terhadap tahap penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan murid, terutamanya bagi kumpulan rawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Modul Pengajaran membantu guru mengaplikasi pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 dengan berkesan, mewujudkan kesan positif terhadap amalan pedagogi guru berpusatkan murid, berpusatkan bahan serta menggalakkan murid berinteraksi secara aktif. Oleh itu keberkesanan modul pengajaran dapat dilihat melalui peningkatan pencapaian bahasa dan penguasaan kemahiran berbahasa murid Tahun 4. Diharapkan Modul Kit SMART ini dilaksanakan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ke arah melahirkan insan berketerampilan berbahasa

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 29 May 2024 02:24
Last Modified: 29 May 2024 02:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11018

Actions (login required)

View Item View Item