Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik

Ngasiman, Nurulhuda (2014) Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURULHUDA NGASIMAN.pdf

Download (919kB) | Preview
[img]
Preview
Text (Copyright Declaration)
NURUL HUDA NGASIMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NURULHUDA NGASIMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Ramai pelajar di peringkat diploma lemah dalam Matematik walaupun selepas menghabiskan sebelas tahun dalam sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat penyelidikan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam menyelesaikan ini seluruh dunia dengan hasil yang pelbagai. Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis kesan pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik dengan kaedah pembelajaran koperatif menggunakan STAD dalam perbincangan dan interaksi dalam pasukan pada kumpulan pelajar yang telah dipilih. Kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik di UTHM. Di sini tahap pencapaian pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dan diberi kaedah rawatan yang berbeza iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan eksperimen menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Perbezaan skor antara dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca diuji dengan menggunakan ujian- T. Seramai 58 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektik di UTHM diuji tahap pencapaian mereka. Hasil ujian-T tidak bersandar mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam ujian pasca kerana kaedah pembelajaran yang berbeza diberikan kepada dua kumpulan pelajar manakala dalam ujian pra, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kerana kedua-dua kumpulan berada pada tahap kognitif yang sama dan tidak berikan sebarang kaedah rawatan. Oleh itu, kaedah pembelajaran koperatif lebih meningkatkan pencapaian skor pelajar dalam mata pelajaran Matematik berbanding menggunakan kaedah konvensional kerana kaedah pembelajaran koperatif lebih berinteraksi sesama ahli kumpulan dalam menyelasaikan tugasan masalah yang diberikan kepada mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 04 Oct 2021 01:21
Last Modified: 04 Oct 2021 01:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1627

Actions (login required)

View Item View Item