Harun, Farahiyah Murni (2013) Keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap ICT. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p FARAHIYAH MURNI HARUN.pdf Download (679kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
FARAHIYAH MURNI HARUN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (204kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
FARAHIYAH MURNI HARUN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang professional dan berkemahiran tinggi. Justeru keyakinan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran subjek ICT dirasakan meragukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UTHM terhadap ICT. Kajian ini dilakukan ke atas 210 orang pelajar DPLI Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM untuk mengetahui tahap keyakinan diri mereka terhadap ICT. Analisis dijalankan berdasarkan jantina, umur, bidang pengkhususan semasa ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI, dan pencapaian mereka dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Satu set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian α=0.97 telah diedarkan. Dapatan data analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu skor min, Ujian-t, Analisis Varian Satu Hala dan kolerasi spearman dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelajar DPLI di UTHM terhadap ICT berada pada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min=4.23. Terdapat perbezaan tahap keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan jantina, bidang penghususan semasa ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI dan pencapaian mereka dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Manakala tidak terdapat perbezaan tahap keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan umur. Adalah diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan telah diusulkan bagi kajian lanjutan bagi meningkatkan kualiti bakal pendidik pada masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 12 Oct 2021 04:32 |
Last Modified: | 12 Oct 2021 04:32 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1900 |
Actions (login required)
View Item |