Tengku Zahari, Tengku Noraisyah (2013) Impak program latihan dalam kalangan pengusaha homestay ke arah keberkesanan pembangunan program homestay di peringkat komuniti: kajian dari perspektif pengusaha. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p TENGKU NORAISYAH TENGKU ZAHARI.pdf Download (583kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
TENGKU NORAISYAH TENGKU ZAHARI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (167kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
TENGKU NORAISYAH TENGKU ZAHARI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Latihan adalah satu pendekatan bagi membangunkan modal insan seperti komponen pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri. Komponen-komponen ini amat penting untuk mencapai kelestarian pembangunan pelancongan desa. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan program latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan pengusaha homestay. Kajian berbentuk kuantitatif ini adalah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi proses pengumpulan data. Selain itu, temubual separa berstruktur juga dijalankan ke atas pengerusi homestay dan ketua kampung bagi menyokong data-data dari soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada pengusaha homestay yang berada di tiga buah negeri di bawah lingkungan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Seramai 154 orang pengusaha di enam buah homestay telah terlibat dalam kajian ini. Data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 16.0, manakala data temubual dianalisis berdasarkan tema. Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang tinggi ke atas aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi pengusaha homestay selepas menjalani program latihan. Hasil kajian ini juga mendapati ciri-ciri fasilitator dan rekabentuk latihan berada pada tahap yang tinggi manakala cabaran yang dihadapi semasa menghadiri program latihan hanya berada pada tahap yang sederhana dalam mempengaruhi kesesuaian program latihan. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak tertentu telah dikemukakan dalam kajian ini dalam merangka dan menganjurkan program-program latihan pada masa-masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 02:50 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 02:50 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2148 |
Actions (login required)
View Item |