The role of TVET teachers in school based assessment of vocational electives subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato‟ Onn, Batu Pahat, Johor

Shamsiah, Sidek and Nurin, Abdul Majid and Md Sah, Nelly Ezatul Fazlina and Mohamed, Hamidah and Hashim, Mohd Noor (2010) The role of TVET teachers in school based assessment of vocational electives subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato‟ Onn, Batu Pahat, Johor. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
507Kb

Abstract

Sejak tahun 2007, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mewajibkan sekolah melaksanakan Penaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Pelaksanaan PBS Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh LPM. Pada peringkat PMR semua mata pelajaran terlibat dengan PBS kecuali mata pelajaran Matematik, manakala di peringkat SPM pula terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains Teras dan Sains Tulen, Pendidikan Seni dan mata pelajaran Teknik dan Vokasional iaitu Katering dan Penyajian, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Prinsip Akaun. Kajian kes/kajian tindakan berbentuk tinjauan institusi ini bertujuan untuk meninjaui pendapat guru-guru KHB dan Matapelajaran Vokasional (MPV) terhadap kesesuaian pelaksanaan PBS di sekolah. Pendekatan persampelan penuh digunakan melibatkan kesemua 14 orang guru KHB PMR sebagai responden dan 12 orang guru MPV di peringkat SPM. Guru yang terlibat secara langsung dengan mata pelajaran Katering dan Penyajian seramai 2 orang manakala Mata pelajaran Menservis Elektrik Domestik seramai 2 orang. Ciri-ciri seorang guru seperti sahsiah, tingkah laku, kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, kewibawaan, interpersonal yang baik, peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Peranan seorang guru pula melengkapkan diri dengan peribadi sebagai seorang guru, mempunyai pengetahuan am, pengetahuan dalam mata pelajaran serta pengetahuan ikhtisas, menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar, menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi 204 memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Maklumbalas mengenai pendapat berkaitan kesesuaian PBS, pentadbiran dan pengetahuan mengenai pelaksanaan PBS telah diukur menggunakan soalselidik berskala Likert 5 peringkat berhirarki dan temubual. Statistik deskriptif peratus, min dan sisihan piawai digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pendapat kedua-dua guru dan murid terhadap kesesuaian pelaksanaan PBS di sekolah adalah tinggi, PBS sesuai dilaksanakan diperingkat PMR dan SPM. Implikasi kajian ini menunjukkan wujud kefahaman yang tinggi terhadap pelaksanaan PBS dalam kalangan responden guru dan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato‟ Onn Batu Pahat, Johor.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Penaksiran PBS,Ciri-ciri dan peranan pentaksir PBS, PBS PMR dan SPM, penilaian, penskoran dan pengoperasian.
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:3204
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:07 Nov 2012 16:24
Last Modified:07 Nov 2012 16:24

Repository Staff Only: item control page