Kerangka pentaksiran pendidikan karakter untuk mata pelajaran sains Sekolah Menengah di Kota Batam

Maskur, Said (2017) Kerangka pentaksiran pendidikan karakter untuk mata pelajaran sains Sekolah Menengah di Kota Batam. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SAID MASKUR.pdf

Download (4MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SAID MASKUR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SAID MASKUR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka pentaksiran pendidikan karakter bagi mata pelajaran sains di sekolah menengah Kota Batam. Kajian ini melibatkan empat fasa yang dijalankan untuk proses pengembangan tersebut iaitu fasa pertama dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik delphi dua kali pusingan yang melibatkan 7 orang pakar pendidikan karakter setiap pusingan. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen dan instrumen pentaksiran pendidikan karakter. Fasa kedua dijalankan dengan kaedah kuantitatif di mana soal selidik diberikan kepada 146 guru-guru sains, untuk mengenal pasti kesahan kerangka pentaksiran pendidikan karakter. Fasa ketiga melibatkan analisis dan persembahan data yang dilakukan dalam dua tahap iaitu analisis kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan SPSS V. 22.0 dan Microsoft Excel, manakala statistik deskriptif dianalisis menggunakan Analisis structural Equation modeling (SEM) Partial Least Square (PLS) V.2.0. Fasa keempat telah memperbicangkan, kesimpulan dan cadangan kajian. Maka hasil akhir kajian ini iaitu kerangka pentaksiran pendidikan karakter untuk mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kota Batam untuk mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Alam bahawa komponen karakternya ialah cinta dan tanggung jawab, instrumen pentaksiran termasuk skala sikap dan dokumen. matematik mempunyai keadilan, kesetiakawanan dan konsisten instrumen pentaksiran dengan rakan sebaya, skala sikap dan temu bual. fizik mempunyai komponen keadilan, kesetiakawanan dan konsisten, instrumen pentaksirannya dengan rakan sebaya, skala sikap, dokumen dan bimbingan konseling. Kimia mempunyai komponen kedisiplinan, positif dan kreatif serta hormat menghomati instrumen pentaksiran dengan konseling, dokumen, skala sikap, tugas, rakan sebaya, soal selidik, portopolio dan temu bual.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jul 2021 01:08
Last Modified: 25 Jul 2021 01:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/370

Actions (login required)

View Item View Item