Pembangunan kerangka model metodologi pendakwah dalam proses pengajaran agama kepada orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di PERTIS

Mohamad Salih, Mohamad Adib (2021) Pembangunan kerangka model metodologi pendakwah dalam proses pengajaran agama kepada orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di PERTIS. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH.pdf

Download (5MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMAD ADIB MOHAMAD SALIH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Pendakwah sering menggunakan teknik dan kaedah yang sama apabila berdakwah kepada golongan OKU walaupun terdapat perbezaan dari sudut penerimaan dan penyampaian maklumat. Kelemahan pendakwah dalam menguasai metodologi dakwah juga menyebabkan usaha dakwah menemui kegagalan. Selain itu, faktor yang mempengaruhi kegagalan dakwah adalah seperti tiada latihan khusus untuk membimbing OKU, tiada panduan yang betul dan menggunakan pendekatan sendiri ketika mengajar. Oleh sebab itu, berlaku pengabaian dalam kalangan OKU penglihatan terhadap tanggungjawab agama kerana kurang pengetahuan dan penghayatan agama sehingga mempengaruhi kualiti kehidupan. Kajian ini bertujuan menganalisis proses pelaksanaan dakwah, mengkaji metodologi pendakwah terhadap OKU penglihatan dalam proses pengajaran agama dan meneroka kesan dakwah yang terbentuk dalam kalangan OKU penglihatan di PERTIS. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes. Sejumlah dua belas informan terlibat diwakili oleh ahli jawatankuasa PERTIS, pendakwah bertauliah dan OKU penglihatan. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati mendapati pelaksanaan dakwah memerlukan persediaan dari aspek pra pengajaran iaitu kesesuaian modul dan pengetahuan latar belakang peserta. Pendakwah yang terlatih dapat menguasai prinsip sebagai pendakwah, dan kemahiran interaksi dengan OKU penglihatan. Semasa proses pengajaran, metodologi pendakwah telah dikategorikan kepada dua aspek utama iaitu kepimpinan dalam pengajaran dan metodologi pengajaran pendakwah. Kepimpinan pengajaran merangkumi kepimpinan prihatin, pembinaan motivasi dan pembangunan akhlak. Manakala, metodologi pengajaran pendakwah merangkumi pengukuhan kefahaman, penyampaian berkesan dan pembelajaran berfokus. Kesan pelaksanaan dakwah telah membentuk akhlak mulia, membina pengetahuan, mengukuhkan jati diri dan menjalin ikatan dengan pendakwah. Kajian ini juga telah mencadangkan satu kerangka model metodologi pendakwah sebagai satu panduan dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian dan pelaksanaan dakwah kepada OKU penglihatan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Technology and Natural Resources
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Feb 2022 02:08
Last Modified: 03 Feb 2022 02:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3930

Actions (login required)

View Item View Item