Lee, Ming Fong and Goh, W.K. and Tan, K.H. (2018) Meningkatkan kemahiran dan penguasaan topik hidroponik murid darjah enam dengan teknik DIY. Online Journal for TVET Practitioners, 1 (NIL). pp. 1-5. ISSN 2289-7410
Text
AJ 2017 (663).pdf Restricted to Registered users only Download (416kB) | Request a copy |
Abstract
Hidroponik merupakan salah satu sub-topik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah. Namun, kebanyakan sekolah malah murid tidak menitik beratkan subjek ini sedangkan kaedah hidroponik merupakan isu hangat seluruh dunia dalam usaha menangani masalah bekalan makanan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan topik Hidroponik melalui teknik Do It Yourself (DIY) dalam kalangan murid tahun enam di samping memupuk minat murid dalam topik ini. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan dan responden kajian ini terdiri daripada sembilan orang murid tahun enam dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Johor. Teknik DIY telah diaplikasikan dalam pembelajaran topik Hidroponik demi penerapan konsep hijau kepada murid melalui penggunaan barang kitar semula. Data dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian. Frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai diguna untuk menganalisis data yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penguasaan teori dan amali bagi topik Hidroponik. Selain itu, murid juga lebih berminat pada subjek Reka Bentuk dan Teknologi setelah teknik DIY didedahkan kepada murid. Kesimpulannya, teknik DIY harus diperluaskan penggunaannya dalam pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi serta subjek lain yang bertujuan untuk mempertingkatkan penguasaan teori, amali dan minat murid.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Hidroponik; Kajian tindakan; DIY; Reka bentuk dan teknologi |
Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ212-225 Control engineering systems. Automatic machinery (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education and Postgraduates |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 20 Dec 2021 03:50 |
Last Modified: | 20 Dec 2021 03:50 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4821 |
Actions (login required)
View Item |