Hubungan antara gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal

Yee , Mei Heong (2011) Hubungan antara gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
810Kb

Abstract

Gaya pembelajaran dan gaya berfikir memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam pembelajaran serta menjadi ransangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan anatara Gaya Pembelajaran Kolb dan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengarnbil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 230 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik yang diterjemah daripada Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (2000) dan Inventori Gaya Berfikir Sternberg-Wagner (1997) telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk pengumpulan data. Data mentah daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai gaya pembelajaran jenis Pernusatan (Converger), diikuti dengan Penyesuaian Diri (Accomodator), Asimilasi (Assimilator) dan Pencapahan (Diverger). Bentuk gaya berfikir jenis Oligarki (Oligarchy) paling banyak dimiliki oleh pelajat. Ini diikuti dengan bentuk gaya berfikir jenis Monarki (Monarchic), Anarki (Anarchic) dan Hierarki (Hierarchic). Hasil analisis ujian kolerasi Cramer V juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan Bentuk Gaya Berfikir Sternberg pada keertian, a = .05. Selain itu, keputusan analisis data ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keempat-empat jenis Gaya Pembelajaran Kolb ke atas keempat-empat jenis Bentuk Gaya Berfikir Sternberg.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:5576
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:23 Jun 2014 16:18
Last Modified:23 Jun 2014 16:18

Repository Staff Only: item control page