Tahap penyertaan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dalam aktiviti pembangunan komuniti di Johor

Ani, Fauziah and Abu Samah, Asnarulkhadi and Isa, Khairunesa (2015) Tahap penyertaan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dalam aktiviti pembangunan komuniti di Johor. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 October 2015, Seremban, Negeri Sembilan.

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahli komuniti diberi ruang membentuk perubahan yang diinginkan, membina kapasiti atau kemampuan, serta mempertingkatkan potensi diri. Atas alasan ini, pengkaji ingin meninjau sejauh mana penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan PWPK di Johor bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik. Penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut dikaji berdasarkan penyertaan dalam pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah. Seramai 366 ahli daripada 60 buah PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistage sampling) sebagai responden kajian. Maklumat kajian di kumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan ahli PWPK dalam aktiviti pembangunan bagi ketiga-tiga tahap terletak pada tahap sederhana. Justeru itu bagi memastikan PWPK digunakan sepenuhnya sebagai medium pendayaupayaan, maka strategi berkesan diperlukan bagi mempertingkatkan tahap penyertaan mereka pada setiap peringkat

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penyertaan; pendayaupayaan; pembangunan komuniti
Subjects:H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Language and Communication
ID Code:7408
Deposited By:Mrs. Nurhayati Ali
Deposited On:06 Jan 2016 16:11
Last Modified:06 Jan 2016 16:11

Repository Staff Only: item control page