Persepsi pelajar terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran sains tingkatan tiga

Khoo, Poh Teng (2017) Persepsi pelajar terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran sains tingkatan tiga. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p KHOO POH TENG.pdf

Download (30MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
KHOO POH TENG COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KHOO POH TENG WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (192MB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar tingkatan tiga. Kekurangan motivasi pelajar akan meyebabkan kemerosotan tahap pencapaian dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar dari aspek tahap penerimaan, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik selepas menggunakan koswer multimedia mata pelajaran Sains tingkatan tiga. Seramai 202 pelajar di daerah Batu Pahat dari SMK Datin Onn Jaafar dipilih kerana menggunakan koswer multimedia terbitan KPM dipilih sebagai responden. Reka bentuk kajian berbentuk tinjauan dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran Sains tingkatan tiga. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik. Analisis dalam kajian ini menggunakan perisian "Statistical Package for Science Social" (SPSS) versi 21. Analisis statistik secara deskriptif dan inferensi digunakan. Keputusan analisis mendapati tahap penerimaan pelajar dari segi reka bentuk, isi kandungan dan mesra pengguna terhadap penggunaan koswer multimedia adalah berada pada tahap tinggi iaitu purata skor min keseluruhan 4.18. Selain itu, keputusan motivasi intrinsik yang merangkumi elemen kepuasan, minat, keyakinan diri dan kesedaran diri terhadap koswer multimedia adalah pada tahap tinggi iaitu skor min 4.16. Manakala motivasi ekstrinsik yang merangkumi elemen hukuman, tekanan sosial dan ganjaran pula secara purata berada pada tahap sederhana iaitu skor min 3.37. Keputusan juga mendapati tidak terdapat perbezaan motivasi dalam penggunaan koswer multimedia mengikut jantina, pengalaman menggunakan komputer untuk pembelajaran dan tahap pendidikan ibu bapa atau penjaga. Malalui analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penerimaan dengan motivasi intrinsik terhadap penggunaan koswer multimedia mata pelajaran Sains.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 12 Oct 2022 03:12
Last Modified: 12 Oct 2022 03:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7842

Actions (login required)

View Item View Item