Minat untuk melanjutkan pelajaran dl dalalvi bidang teknik dan vokaslonal serta kursus kemahiran (sijil, diploma, diploma lanjutan) dl kalangan operator pengeluaran wanita serta masalah yang dihadapi: satu kajlan kes di sebuah kilang elektronik di Kota Bharu, Kelantan

Mohd Shariff, Norazah (2002) Minat untuk melanjutkan pelajaran dl dalalvi bidang teknik dan vokaslonal serta kursus kemahiran (sijil, diploma, diploma lanjutan) dl kalangan operator pengeluaran wanita serta masalah yang dihadapi: satu kajlan kes di sebuah kilang elektronik di Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p NORAZAH MOHD SHARIFF.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAZAH MOHD SHARIFF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (317kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAZAH MOHD SHARIFF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (24MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti minat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang teknik dan vokasional di kalangan Operator Pengeluaran Wanita yang sedang bekerja di salah sebuah kilang elektronik di Kota Bharu, Kelantan. Penyelidikan ini adalah satu kajian berbentuk deskriptif. Seramai 70 orang pekerja telah dipilih sebagai sampel kajian. Objektifkajian ialah untuk mengenalpasti latarbelakang, mengenalpasti persekitaran pekerjaan, mengenalpasti minat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang teknik dan vokasional serta kursus kemahiran dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang teknik dan vokasional. Alat kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah senarai soal selidik. Teknik persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak mudah. Ujian-ujian statistik yang digunakan ialah kekerapan, min dan sisihan piawai yang dianalisa mengikut urutan objektifkajian. Kajian mendapati sebahagian besar responden berumur di antara 21 hingga 30 tahun dan majoritinya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar daripada responden kurang berpuashati dengan persekitaran pekeIjaan mereka dengan min keseluruhan 2.83. Majoriti responden menunjukkan minat yang mendalam untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang teknik dan vokasional. Kajian ini mencadangkan agar pihak majikan memberi peluang kepada Operator Pengeluaran Wan ita yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ini agar dapat belajar secara persendirian sarna ada sebelah petang atau malam untuk meningkatkan pengetahuan mereka di dalam bidang teknik dan vokasional.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:29
Last Modified: 07 Feb 2023 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8199

Actions (login required)

View Item View Item