Satu analisis buku panduan wanita cemerlang dalam kerjaya berdasarkan pandangan staf wanita bidang perhotelan dan pendidikan (teknik dan vokasional) mengenai "siling kaca": satu tinjauan di Batu Pahat

Che Ahmad, Norazliana (2003) Satu analisis buku panduan wanita cemerlang dalam kerjaya berdasarkan pandangan staf wanita bidang perhotelan dan pendidikan (teknik dan vokasional) mengenai "siling kaca": satu tinjauan di Batu Pahat. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p NORAZLIANA CHE AHMAD.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORAZLIANA CHE AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (409kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORAZLIANA CHE AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (42MB) | Request a copy

Abstract

Kepentingan wanita dalam perekonomian negara tidak boleh dinafikan lagi sehingga ada wanita yang telah menjadi menteri. Namun, perkembangan keljaya wanita agak terganggu akibat pengamalan "siling kaca". Setelah dikenalpasti faktor-faktor penyumbang gejala itu, satu kajian telah dilaksanakan sebagai satu analisis terhadap Buku Panduan Wanita Cemerlang Dalam Keljaya (BPWCDK) agar dapat membantu mengurangkan masalah pengamalan "siling kaca" berdasarkan pandangan daripada staf wanita dalam bidang perhotelan dan pendidikan (teknik dan vokasional) di Batu Pahat. Aspek-aspek yang telah dikaji merangkumi tahap pengamalan "siling kaca" terhadap stafwanita dalam bidang perhotelan dan pendidikan (teknik dan vokasional) tahap keberkesanan BPWCDK dalam membantu mengurangkan masalah pengamalan "siling kaca", tahap kebolehgunaan BPWCDK dalam membantu wanita memajukan keljaya dan tahap implikasi BPWCDK terhadap responden. Kajian ini dilakukan secara deskriptifmelalui dua kaedah kajian, iaitu soal-selidik dan temubual. Satu set soal�selidik dan tiga soalan temubual yang dibina telah diedarkan kepada 44 orang responden, termasuk dua orang responden temubual yang telah pengkaji pilih secara rawak dari kalangan staf wanita dalam kajian. Penganalisaan ke atas perolehan data mentah dilakukan dengan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science) versi 11.0 untuk frekuensi dan nilai min bagi menepati objektifkajian. Hasil kajian telah menunjukkan tahap keberkesanan, kebolehgunaan dan implikasi BPWCDK dalam membantu perkembangan keljaya wanita adalah tinggi (skor min = 3.96,4.06 dan 3.94 masing-masing). Ini menunjukkan bahawa BPWCDK yang dibina dapat membantu mengurangkan masalah pengamalan "siling kaca" di Batu Pahat. Tambahan pula, tahap pengamalan "siling kaca" di Batu Pahat sudah berada di tahap sederhana (3.62). Di akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan yang diharap boleh membantu memperbaiki mutu dan kualiti BPWCDK itu.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:29
Last Modified: 07 Feb 2023 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8201

Actions (login required)

View Item View Item