Kesan gaya pembelajaran visual, audio dan kinestatik terhadap pembelajaran bahasa pengaturcaraan di kalangan pelajar politeknik

Tan, Phei Yee (2007) Kesan gaya pembelajaran visual, audio dan kinestatik terhadap pembelajaran bahasa pengaturcaraan di kalangan pelajar politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1555Kb

Abstract

Pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, teknologi informasi dan komunikasi diaplikasikan penggunaannya dengan penghasilan CD interaktif berasaskan Instructional Design (ID) berkonsepkan pengembaraan di bawah topik "Tatasusunan" bagi subjek Asas Pengaturcaraan (F1001). Penghasilan aplikasi ini sebagai salah satu alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar semester satu Kejuruteraan Elektrik Politeknik Seberang Perai yang mengambil subjek ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peningkatan pemahaman (isi kandungan), perubahan sikap, penerapan unsur-unsur motivasi dan kesan gaya pembelajaran visual, audio dan kinestatik (VAK) di kalangan pelajar kumpulan eksperimen dan kawalan. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama empat minggu dan melibatkan 34 orang responden. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.5 yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dan kawalan. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan eksperimen menerima baik penggunaan CD interaktif berpadanan dengan gaya pembelajaran VAK. Hasil penilaian menunjukkan aplikasi ini dapat menjadi bahan rujukan, mengubah sikap pelajar melalui penerapan unsur-unsur motivasi, menarik minat pelajar dan membantu pelajar untuk memahami subjek ini dengan lebih mudah serta dapat menjadi alat bahan bantu mengajar bagi pensyarah-pensyarah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:821
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:06 Apr 2011 09:29
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page