Ahmad, Azman (2007) Latihan industri membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan Politeknik Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text
24p AZMAN AHMAD.pdf Download (723kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
AZMAN AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (302kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
AZMAN AHMAD WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (23MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap peningkatan kemahiran pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik. Tiga kemahiran insaniah yang diskopkan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Responden dipilih secara rawak iaitu 75 responden dari Politeknik Johor Bharu dan 28 responden dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS). Taburan min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis kajian ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pihak industri telah menerapkan kemahirankemahiran ini kepada para pelajar (skor min = 3.96). Tahap kemahiran komunikasi pelajar juga menunjukkan berada pada tahap yang tinggi (skor min = 4.06) kecuali sebahagiannya menunjukkan tahap penguasaan yang sederhana iaitu kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (skor min = 3.17), pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat berada pada tahap (skor min = 3.97) dan kemahiran teknikal pelajar berada pada tahap (skor min = 3.83). Bagi faktor demografi jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengaruh jantina untuk ketiga-tiga kemahiran yang diterapkan. Selain itu, kajian ini juga telah menggariskan faktor keberkesanan program latihan industri mengikut keutamaannya. Secara keseluruhannya, latihan industri yang dijalankan telah dapat meningkatkan kemahiran para pelajar.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 May 2023 02:15 |
Last Modified: | 02 May 2023 02:15 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8673 |
Actions (login required)
View Item |