Abdul Rahim, Nor Hawanis (2002) Penghasilan modul pengajaran kendiri (MPK) mata pelajaran teknologi binaan dan bahan II bagi kegunaan pensyarah dan pelajar kursus ukur bahan di Politeknik Sultan Halim Mu'adzam Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p NOR HAWANIS ABDUL RAHIM.pdf Download (605kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
NOR HAWANIS ABDUL RAHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (228kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
NOR HAWANIS ABDUL RAHIM WATERMRK.pdf Restricted to Registered users only Download (42MB) | Request a copy |
Abstract
Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar. Dalarn beberapa keadaan, mereka marnpu untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi pelajar berkenaan. Walau bagaimanapun, dalarn proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat pada turutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sarna. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah mengindividukan pengajaran dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Langkah ini akan membolehkan kemudahlenturan dari segi pemilihan dan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran serta sedikit ruang kebebasan kepada pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran. Berdasarkan kepada perkara ini, satu Modul Pengajaran Kendiri mengenai tajuk "Tangga" dihasilkan bagi membantu pelajar kursus Ukur Bahan dalarn membuat keIja pengukuran kuantiti. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan MPK yang dapat meningkatkan tahap pemaharnan pelajar serta mengenalpasti tahap keboleh laksanaannya. Satu kajian berbentuk eksperimen telah dijalankan. Instrumen yang digunakan di dalarn kajian ini ialah soalan ujian dan borang penilaian. Hasil kajian menunjukkan nilai min ujian post adalah lebih tinggi iaitu 20.81 berbanding nilai min ujian pra iaitu 11.54 dengan peningkatan sebanyak 9.27. Manakala nilai purata min bagi penilaian tahap keboleh laksanaan MPK Tangga adalall 4.13. lni jelas membuktikan bahawa MPK yang dihasilkan adalah arnat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masa kini. Oleh itu, dicadangkan agar diadakan bengkel penghasilan modul, menggalakkan pengajaran bermodul serta menghasilkan MPK bagi semua mata pelajaran yang diajar di politeknik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 May 2023 02:10 |
Last Modified: | 02 May 2023 02:10 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8695 |
Actions (login required)
View Item |