Meninjau kesediaan awal pelajar politeknik sebelum menjalani latihan industri dalam meningkatkan pengetahuan terhadap alam pekerjaan

Mohd Ibrahim, Rahizana (2002) Meninjau kesediaan awal pelajar politeknik sebelum menjalani latihan industri dalam meningkatkan pengetahuan terhadap alam pekerjaan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p RAHIZANA MOHD IBRAHIM.pdf

Download (706kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
RAHIZANA MOHD IBRAHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (337kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
RAHIZANA MOHD IBRAHIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesediaan awal pelajar sebelum menjalani latihan industri dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai keadaan sebenar alam pekerjaan. Kajian ini dibuat ke atas 90 orang pelajar peringkat sijil bagi kursus kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang telah menjalani latihan industri. Kajian ini juga dibuat untuk meninjau sama ada terdapat kepincangan terhadap program latihan industri yang sedang dilaksanakan supaya cadangan untuk memperbaikinya dapat dibuat. Justeru itu, kajian dibuat bagi menilai aspek-aspek seperti kesediaan awal pelajar sebelum memasuki latihan industri, kefahaman mereka mengenai etika kerja, kehidupan sosial mereka sebelum menjalani latihan industri, hubungan mereka dengan pihak Politeknik dan juga pihak Industri serta masalah hubungan komunikasi di tempat kerja dengan pekerja industri yang boleh menjejaskan mutu latihan yang mereka jalani. Justeru itu, daripada analisis yang dibuat, satu cadangan modul kursus jangka pendek latihan kemahiran interpersonal di tempat kerja dicadangkan untuk di sertai oleh pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi memperbaiki lagi program latihan industri yang sedia ada. Kursus ini mencakupi pengenalan mengenai organisasi syarikat, kemahiran berkomunikasi serta etika sosial ketika berada di sektor perindustrian. Modul ini juga dibuat bersama bahan-bahan pengajaran bagi memudahkan kursus ini dijalankan. Di harap dengan kajian yang telah dibuat dan juga pembinaan modul ini, akan membantu pelajar dan juga pensyarah untuk manjalankan kursus ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:16
Last Modified: 02 May 2023 02:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8697

Actions (login required)

View Item View Item