Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu tinjauan

Mustapha, Mohd. Musnizam (2001) Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD. MUSNIZAM MUSTAPHA.pdf

Download (727kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD. MUSNIZAM MUSTAPHA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (293kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD. MUSNIZAM MUSTAPHA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian kes ini. Kajian kes ini meninjau permasalahan bagi dua pencapaian CPA responden yang mewakili 3.0 ke atas dan 3.0 ke bawah. Responden diminta menjawab soal selidik yang diedarkan. Di dalam borang soal selidik, terdapat hanya enam masalah yang ditinjau untuk tujuan kajian kes. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah pensyarah dan masalah pengurusan masa. Hasil kajian mendapati masalah kewangan adalah merupakan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Masalah-masalah yang lain tidak memberikan kesan yang ketara kepada pencapaian dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan adanya kajian kes ini dapat meningkatkan lagi pembelajaran semua pelajar di KUiTTHO amnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:45
Last Modified: 16 May 2023 02:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8744

Actions (login required)

View Item View Item