Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran program pendidikan kejuruteraan di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

Azman, Azreen Harina (2008) Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran program pendidikan kejuruteraan di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p AZREEN HARINA AZMAN.pdf

Download (798kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZREEN HARINA AZMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (369kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZREEN HARINA AZMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (37MB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran generik (KG) adalah satu kemahiran yang penting dalam melahirkan pekerja yang kompeten apabila memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat penerapan kemahiran generik dengan berasaskan Taksonomi Bloom di politeknik dalam pengajaran program pendidikan kejuruteraan. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada sampel yang telah dipilih. Persampelan bertujuan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel difokuskan kepada pensyarah dan pelajar dalam bidang kejuruteraan di tiga buah politeknik sahaja iaitu Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Merlimau. Pemilihan sampel adalah sebanyak 10 % dari jumlah pelajar bagi setiap jabatan kejuruteraan dan seramai mungkin pensyarah dipilih. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5. Analisis skor min digunakan untuk menentukan domain yang menjadi teras kepada penerapan kemahiran generik di politeknik KPTM. Domain kognitif dan afektif merupakan teras penerapan kemahiran komunikasi dengan nilai skor min 3.7955 dan 3.7440. Dalam menerapkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, domain afektif mendominasi dengan nilai skor min 3.8308 (pensyarah) dan 3.8543 (pelajar). Domain afektif dan kognitif mendominasi dalam menerapkan kemahiran kerja berpasukan bagi sampel pensyarah (skor min = 3.9093) dan pelajar (skor min = 3.8768). Ujian-t sampel bebas untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua sampel bagi setiap domain dalam penerapan kemahiran generik dan hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Secara kesimpulannya, penerapan kemahiran generik dalam pengajaran program pendidikan kejuruteraan di politeknik KPTM adalah pada tahap tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 18 Jun 2023 01:37
Last Modified: 18 Jun 2023 01:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8963

Actions (login required)

View Item View Item