Merekabentuk modul pembelajaran ukur kejuruteraan (C301) berasaskan laman web

Mohamed, Nadia (2003) Merekabentuk modul pembelajaran ukur kejuruteraan (C301) berasaskan laman web. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NADIA MOHAMED.pdf

Download (775kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NADIA MOHAMED COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (391kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NADIA MOHAMED WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan pesat dalam era globalisasi. Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan reformasi bidang pendidikan. Oleh itu, proses pembelajaran telah dirancang supaya berlaku dalam persekitaran yang kondusif yang dapat mengoptimumkan penggunaan ICT. Sejajar dengan keadaan ini, kajian 'Merekabentuk Modul Pembelajaran Berasaskan Laman Web Ukur Kejuruteraan (C301)' dijalankan dengan matlamat untuk merekabentuk dan mengkaji kesesuaian pembelajaran berbantukan komputer iaitu dengan menggunakan modul pembelajaran berasaskan web. Data-data telah diperolehi melalui borang soal selidik dan seramai 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Shah Alam telah diminta memberikan maklum balas-untuk mengetahui kesesuaian penggunaan laman web ini dalam pembelajaran Ukur Kejuruteraan (C301). Perisian "Statistical Packages For Social Sciences" (SPSS) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data bagi memperolehi kekerapan dan skor min. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa pengkaji beijaya merekabentuk modul pembelajaran yang menggunakan teknologi informasi berasaskan web yang berkesan dan efektif. Responden juga telah bersetuju bahawa laman web yang dibangunkan dapat menjadi alternatif kepada pelajar ukur kejuruteraan mendapatkan sumber serta rujukan pembelajaran berasaskan internet dan modul ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu media pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Ukur Kejuruteraan (C301).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:07
Last Modified: 25 Jun 2023 07:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9044

Actions (login required)

View Item View Item