Othman, Nooraza (2001) Aplikasi penggunaan perkhidmatan pembelajaran berasaskan web (PBW) menerusi perisian 'Blackboard 5' di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p NOORAZA OTHMAN.pdf Download (659kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
NOORAZA OTHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (390kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
NOORAZA OTHMAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) | Request a copy |
Abstract
Pembelajaran Berasaskan Web (PBW) merupakan satu konsep pembelajaran yang menjadikan web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran maya ini juga merupakan alternatif yang paling sesuai sebagai alat sokongan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Ini kerana pembelajaran melalui web ini dilihat dapat memberikan kepentingan setiap pihak iaitu pelajar, pensyarah dan pentadbir. Justeru itu, seramai 86 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal, Semester 3 telah dipilih sebagai responden di dalam pengkajian ini iaitu 'Aplikasi Penggunaan Perkhidmatan Pembelajaran Melalui Web (PBW ) Menerusi Perisian 'Blackboard 5' Di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan'. Pengkajian ini memfokuskan kepada maklumat dan pengetahuan tentang PBW, faktor-faktor kepada kepenggunaan perisian, kemudahankemudahan yang dilayari dan kekerapan dalam melayari perisian ini. Terdapat cadangan dan saranan untuk meningkatkan lagi kualiti perisian PBW bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati responden mengaplikasikan penggunaan perisian PBW 'Blackboard 5' berdasarkan kepada faktor-faktor dan kemudahan yang disediakan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 25 Jun 2023 07:07 |
Last Modified: | 25 Jun 2023 07:07 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9046 |
Actions (login required)
View Item |