Penggunaan blackboards dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna blackboards dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar sarjana semester 3, sarjana pendidikan teknik dan vokasional, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu kajian kes

Ishak, Quyrul Zeta (2002) Penggunaan blackboards dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna blackboards dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar sarjana semester 3, sarjana pendidikan teknik dan vokasional, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu kajian kes. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p QUYRUL ZETA ISHAK.pdf

Download (779kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
QUYRUL ZETA ISHAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (289kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
QUYRUL ZETA ISHAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan aplikasi pembelajaran elektronik iaitu blackboards di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui kekerapan, tujuan dan kekangan dalam penggunaan blackboards oleh para pelajar saijana, tahun akhir, semester 3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Objektif terakhir adalah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Kajian ini telah dijalankan di KUiTTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar tahun akhir, semester 3 dalam jurusan Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipilih. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk hasil dari tinjauan terhadap responden. Segala maklumat telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi diproses dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap kekerapan penggunaan blackboards adalah di tahap sederhana dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan blackboards seperti faedah relatif, kerumitan, keinterativiti, kesesuaian dan kepentingan. Dapatan juga menunjukkan bahawa para pelajar saijana juga menggunakan blackboards adalah untuk mendapatkan nota, maklumat tambahan, silibus, markah bagi kuiz, tugasan dan ujian serta perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekangan dalam penggunaan blackboards seperti infrastruktur Teknologi Komunikasi dan Maklumat yang disediakan oleh pihak KUiTTHO. Akhir sekali adalah kaedah pengajaran oleh pensyarah, kaedah yang banyak digunakan adalah kaedah Self Access (Pembelajaran akses kendiri).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:11
Last Modified: 25 Jun 2023 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9080

Actions (login required)

View Item View Item