Gaya kepimpinan dan kompetensi pengetua untuk meningkatkan prestasi Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di Kota Batam

Mu'min, Mu'min (2019) Gaya kepimpinan dan kompetensi pengetua untuk meningkatkan prestasi Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di Kota Batam. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MU'MIN.pdf

Download (857kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
MU'MIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy
[img] Text (Copyright Declaration)
MU'MIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangun gaya kepimpinan dan kompetensi pengetua untuk meningkatkan prestasi Sekolah Menengah Pertama Negeri di Kota Batam. Kajian ini melibatkan 3 fasa yang dijalankan untuk proses pembangunan iaitu; fasa pertama dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen gaya kepimpinan dan kompetensi pengetua. Fasa kedua dilakukan dengan kaedah kuantitatif di mana soalan diberikan kepada 323 guru yang mengajar di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di Kota Batam untuk memastikan kejayaan pencapaian guru terhadap pencapaian sekolah. Fasa ketiga melibatkan analisis dan penawaran data yang dijalankan dalam dua peringkat iaitu; analisis kualitatif menggunakan Fleiss Kappa dan kuantitatif menggunakan SPSS V.22.0. Statistic deskriptif dianalisis menggunakan Analisis Persamaan Pemodelan (SEM) Partial Least Square (PLS) V.2.0. Jadi hasil akhir dari kajian ini adalah gaya kepemimpinan dan kompetensi pengetua untuk meningkatkan prestasi Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) di Kota Batam. Prestasi sekolah dipengaruhi oleh gaya kepimpinan dan kompetensi. Hasil ujian t-statistik dari variabel eksogen dan endogen terhadap endogen dinyatakan, gaya kepimpinan terhadap prestasi sekolah, kompetensi terhadap gaya kepimpinan signifikan. Terdapat pengaruh positif dari gaya kepimpinan terhadap prestasi, kompetensi terhadap gaya kepimpinan, dan kompetensi terhadap prestasi sekolah. Untuk kajian yang akan datang disarankan untuk melakukan kajian berdasarkan demografi.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 22 Jun 2021 07:52
Last Modified: 22 Jun 2021 07:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/92

Actions (login required)

View Item View Item