Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah: satu tinjauan di Politeknik Shah Alam

Mohd Ariffin, Juliana (2001) Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah: satu tinjauan di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p JULIANA MOHD ARIFFIN.pdf

Download (592kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
JULIANA MOHD ARIFFIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (332kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
JULIANA MOHD ARIFFIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini bertajuk " Penggunaan Internet dan Multimedia dalam Proses Pengajaran di Kalangan Pensyarah : Satu Tinjauan di Politeknik Shah Alam". Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah faktor-faktor seperti sikap pensyarah, tahap kemudahan yang disediakan, kelebihan penggunaan internet dan multimedia serta keperluan penggunaan internet dan multimedia mempengaruhi tahap penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang responden yang mana terdiri daripada kalangan pensyarah di empat buah jabatan induk di Politeknik Shah Alam iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) untuk membuat pengiraan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa maklumbalas positif telah diberikan oleh responden terhadap faktor-faktor yang dikaji. Namun begitu hasil kajian mendapati tahap kemudahan yang disediakan masih tidak mencukupi. Kajian ini juga mendapati terdapatnya keperluan penggunaan internet dan multimedia yang berbeza mengikut jabatan. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah di seluruh Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 07:15
Last Modified: 30 Jul 2023 07:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9484

Actions (login required)

View Item View Item