Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bagi subjek P1701 : pemasaran 1 bertajuk pengenalan kepada pemasaran : satu kajian di Politeknik Port Dickson

Abdul Latif, Mohd Hafizi (2003) Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bagi subjek P1701 : pemasaran 1 bertajuk pengenalan kepada pemasaran : satu kajian di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD HAFIZI ABDUL LATIF.pdf

Download (780kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD HAFIZI ABDUL LATIF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (344kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD HAFIZI ABDUL LATIF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah penghasilan video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM bagi subjek PI701 Pemasaran 1 untuk tajuk Pengenalan Kepada Pemasaran yang dibina bersesuaian dengan isi kandungan mata pelajaran mereka di Politeknik, mempunyai ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang diperlukan dan ia mudah digunakan dalam proses pembelajaran mereka di Politeknik. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar semester satu Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson (PPD). Tiga instrumen kajian telah digunakan di dalam kajian ini iaitu Video Dokumentari Pendidikan PI701 Pemasaran 1 dan borang soal selidik serta ujian. Data-data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.0 yang melibatkan nilai skor Min. Hasil kajian menunjukkan produk video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dibangunkan telah mendapat keputusan yang memuaskan iaitu dengan nilai purata skor untuk keseluruhan Item ciri-ciri video dokumentari pendidikan ialah 4.32. Penghasilan video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dihasilkan ini boleh dipertingkatkan mutu dan kualitinya berdasarkan komen dan cadangan melalui jawapan di soalan terbuka. Pengkaji berharap agar ada usaha penambahan dan pembaikan yang dilakukan oleh pengkaji akan datang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti video dokumentari pendidikan dalam bentuk CD-ROM yang dihasilkan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Jul 2023 07:02
Last Modified: 31 Jul 2023 07:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9490

Actions (login required)

View Item View Item